Hotel Review : Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson
  • 914
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 28 February 2016 • 914 paparan
oleh Website/Blog

Grand Lexis Port Dickson merupakan pemegang Award Malaysia Book of Records untuk bilangan kolam renang paling banyak untuk sebuah hotel.

Grand Lexis Port Dickson | Baru-baru ni TL berpeluang untuk menginap di salah satu hotel yang famous di Port Dickson. Namanya sahaja sudah menunjukkan betapa gahnya hotel ini. Grand Lexis Port Dickson menjadi pilihan pertama tatkala TL ke Negeri Sembilan.

Grand Lexis Port Dickson

Ruangan Receptionist

Grand Lexis Port Dickson

Kawasan Lobi Hotel

Kelebihan Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson

Kolam Renang Persendirian di Sky Pool Villa

Tahukah anda, Grand Lexis Port Dickson telah memenangi award Malaysia Book of Records untuk bilangan kolam renang paling banyak untuk sebuah hotel. Yes, you read it right. Setiap 317 bilik yang berkonsepkan Bali di Grand Lexis Port Dickson ini, mempunyai kolam renang tersendiri ditemani kehijauan taman kecil.

Privasi yang TL rasa semua idamkan. So tak perlu lah berjalan jauh untuk mandi public pool. But fret not, walaupun ada private pool, public pool pun ada di hotel ini.

Grand Lexis Port Dickson

Public Pool buat pengunjung

Konsep Bali boleh dilihat dari lantai kayu beserta interior design dan juga hiasan dinding di bahagian kolam renang. Bunyi air dan juga angin menguatkan lagi suasana tenang buat pengunjung yang tinggal di Grand Lexis Port Dickson.

Grand Lexis Port Dickson

Layout bilik Sky Pool Villa

Grand Lexis Port Dickson

Tak sabar nak terjun dalam kolam renang

Di Grand Lexis ni ada 10 jenis bilik. Banyak okay ! Terbahagi kepada tiga iaitu Above The Sea aka Water Villa (atas laut, 4 jenis), Garden Living (berkonsepkan garden, 4 jenis) dan Sky Living (menara, 2 jenis). Untuk kesemua bilik di Grand Lexis Port Dickson, disediakan dua katil saiz Raja, get it? (King Size) Eherher.

Grand Lexis Port Dickson

Sekitar kawasan bilik-bilik di Water Villa

Grand Lexis Port Dickson

Pemandangan laut yang indah

Grand Lexis Port Dickson

Laluan pejalan kaki, buggy dan juga basikal

TL berpeluang untuk stay di Sky Pool Villa, yakni terletak di bahagian menara, tingkat 7. Dari atas ni boleh nampak pemandangan laut dan juga keseluruhan Water Villa. Bilik ini juga dilengkapi dengan flat screen tv, pengering rambut, seterika, penghawa dingin, telefon dan juga mini kitchen lengkap dengan microwave.

Grand Lexis Port Dickson

Dua King-size bed untuk kapasiti 4 orang

Grand Lexis Port Dickson

Pemandangan sunset dari bilik kami

Aktiviti di Grand Lexis Port Dickson

Okay, memandangkan setiap bilik ada pool sendiri dan seperti TL, pasti takkan keluar dari bilik bukan? But kat sini ada juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama teman mahupun famili.

Di tingkat 2 hotel ini, terletaknya Indoor Games Room buat anak-anak kecil dan juga dewasa, persis arcade. Terdapat juga Lexis Spa buat para wanita kalau mahukan sedikit masa untuk relaks.

Buat yang gemar ‘meminjamkan’ suara tu, boleh la berkaraoke di Karaoke Center. Kalau lapar, singgahlah lunch dan dinner di Genn Japanese Restaurant. TL suggest anda cuba untuk makan Edamame, Matcha Green Tea Aiskrim dan Set Bento mereka. Sedap sangat !

Kalau nak juga main di luar, ada juga Outdoor Activities yang disediakan di Grand Lexis Port Dickson. Antaranya berbasikal, Segway, memanah, table tennis, Wii Games dan banyak lagi. Yang bestnya ada tiket utk ‘Mix n Match’ yang membolehkan pengunjung main 3 permainan pada harga RM25 sahaja. Murah bukan?

Grand Lexis Port Dickson

Ini lah yang dinamakan Segway

Grand Lexis Port Dickson

Mencuba basikal nama KMX

Grand Lexis Port DIckson

Cara I nak panah hati you. Hiks

Keseronokan di Grand Lexis Port Dickson

Walaupun tanpa pantai, pengunjung tetap boleh menikmati segalanya di sini. Seperti yang TL dah tulis di atas, trust me, berbasikal dikala matahari terbenam di Water Villa, bersantai sambil penyanyi mendendangkan lagu di Lanun Bar bermula jam 5 petang, ataupun menikmati pemandangan indah di tingkat paling atas di Sky Terrace, seriously worth it. Memang tak perlu keluar dah. Everything is here.

Grand Lexis Port Dickson

Ruangan dalam Lanun Bar

Pemandangan Sky Terrace

Pemandangan Sky Terrace

Untuk book, digalakkan book online. Tak kisah di website mereka mahupun Agoda atau Booking. Since dekat website akan ada lebih banyak promosi, lagi better dari calling-calling. Rate untuk setiap bilik berbeza dari segi keluasan bilik dan juga pemandangan.

Dekat Agoda, bilik yang kami stay currently is RM600+ sebab tengah promosi. Sila book awal ye kalau tak mahu kecewa. Dah nak musim cuti sekolah ni, tunggu apa lagi?

Skor Trilode

8.0

Kelebihan

- Private pool yang besar
- Bilik yang luas
- Banyak aktiviti outdoor dan juga indoor

Bilik

8/10

Kemudahan

8/10

Perkhidmatan

8/10

Makanan

8/10

Nilai

8/10

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas