Hostel Review : Wassup Youth Hostel

9
  • 698
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 29 October 2015 • 698 paparan
oleh Website/Blog

Wassup Youth Hostel – Trip ke Penang adalah salah satu trip yang paling TL tunggu sejak 3 bulan yang lalu. Kenapa 3 bulan? Sebab TL kerja waktu itu jadi tidak boleh sewenangnya cuti. Eher. Lantas satu tarikh dipilih bersama teman dan juga adik, maka tiba lah kami ke Penang setelah memandu selama 5 jam. Should be only 3 hours je but sangkut trafik di Ampang. Haha.

16

7

Sebelum sesuatu trip, TL akan survey dulu tempat-tempat inap yang boleh dikatakan selesa, harga berpatutan dan juga chic! Survey punyalah lama, to make sure dapat apa yang dicari, lantas terjumpalah Wassup Youth Hostel. Lokasi sangat strategik iaitu terletak di belakang bangunan Komtar, for sure tak payah susah-susah nak kesana sini. Sebab semuanya dekat. Except for Batu Feringgi Night Market lah, yang itu kena panjat sikit bukit.

Lokasi Strategik Wassup Youth Hostel

TL suka cari tempat inap yang berdekatan dengan tempat pelancongan dan tempat makan, tu merupakan salah satu sebab TL pilih hostel ini. Semua tempat yang TL nak pergi, walaupun menaiki kereta, semuanya sangat dekat. Cuma beberapa minit je dari tempat-tempat yang ingin dituju. Walaupun dekat kan, satu je TL nak pesan, di Penang, HARI-HARI PARKING PAKAI KUPON YE. Bukan marah sebab capslock, tapi nak bagi jelas. TL hari esoknya dah kena saman, walhal hari Sabtu okay. Sedih dapat surat ‘Salam Perkenalan dari Penang’. Terpaksa lah haloo haloo member yang stay Penang untuk tolong bayarkan saman.

Bilik praktikal di Wassup Youth Hostel

12

Okay, nama pun hostel. Bila mana anda mencari dengan keyword seperti ‘murah’, ‘lokasi dekat’, ‘cantik untuk instagram’, tak semestinya ia seperti hotel 5 bintang. Cukuplah memenuhi apa yang asas – tilam, katil, bantal, selimut, toilet, almari dan juga kunci bilik. Bila search je Wassup Youth Hostel ini di google, tak banyak sangat gambar. Hanya beberapa yang boleh dikatakan menarik perhatian tetapi masih lagi musykil. Nak pulak harga yang sangat tak dijangka, lagilah menambahkan kemusykilan. Tapi setelah berbincang bersama teman seperjuangan trip ini, kami on kan aja. Dengan harga cuma RM38 per malam, bolehlah kan?

13

11

Bilik di hostel ini ada 4 jenis iaitu Standard Double Room (Queen size bed), Deluxe Double Room with Balcony (Queen size bed), Single Room (Single Bed), Superior Twin Room (2 Single Beds) dan 4-Bed Female Dormitory Room (2 Bunk-beds). Memandangkan TL datang sini 4 orang, jadi we decided to choose the 4-Bed Female Dormitory. Alhamdulillah, setibanya disana, bilik sama seperti gambar dalam google. Nak naik bilik je selipar kasut semua tanggal bawah ye. Nampak tak diorg menjaga kebersihan kat sini macam mana?

Ruangan Lobi Yang Mesra

3

6

Masa TL sampai Wassup Youth Hostel ini, dah pukul 2 pagi, and masa sampai kat depan tu pulak memang takde parking sebab lokasi hostel ni betul-betul depan jalan raya. Tapi jangan risau, ada parking awam di belakangnya. Kena lalu depan hostel ni dan buat satu bulatan sampai nampak Maybank and belok kiri dan belok kiri lagi sebelum kuar jalan besar. Ada tulis parking awam. Cuma mahal sikit lah, RM10 untuk overnight parking. Yang ini TL terkejut sikit sebab ingat ada parking depan hostel.

2

1

Kami masuk ikut pintu belakang since dah park kat sana, masuk-masuk je terus nampak dekorasi simple yang pihak hostel ni sediakan buat tetamu mereka. Ada TV flat screen dengan sofa, fusball, meja kerusi kayu buat lepak-lepak dan juga kerusi/bantal beanie or as TL panggil bantal biji-biji. Haha.

4

Tak cukup dengan tu, mereka juga ada dapur masak elektrik, peti ais dan juga sinki. Sesuai sangat lah kalau betul-betul nak save bajet dengan masak sendiri. Owh yaa, di tingkat atas ada ruangan CC untuk sesiapa yang nak pakai komputer.

10

8

Kalau ikutkan buat traveller yang jenis nak tido dan mandi sahaja, sangat digalakkan untuk stay kat hostel ni. Ye lah, kalau dah jalan dari pagi sampai malam, buat pa nak bayar mahal sangat kan? Cukuplah yang memadai untuk cover mana yang perlu.

17

18

So next trip anda nak ke mana? Jom lah Penang, dekat je :P

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas