Suasana Kampung di Homestay Kampung Paya Guring

Homestay-Kampung-Paya-Guring-14
  • 701
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 3 May 2016 • 701 paparan
oleh Website/Blog

Homestay Kampung Paya Guring | Bila sebut sahaja homestay, pasti semua akan mempunyai pemikiran kehidupan di kawasan kampung. Ditemani bunyi burung berkicauan, mentari pagi menyinar bila bukak je pintu, dengan udara segar, apa lagi yang boleh diminta bila berada di kampung kan?

Mungkin buat mereka yang senang teruja, seperti diri ini, nampak lembu lalu, mahupun ayam berlari pun dah seronok. Apatah lagi bila dapat menikmati suasanan kampung sekali-sekala.

Kali ini, saya berpeluang untuk berjalan ke Perlis sempena musim mangga Harum Manis atas jemputan Abang Jamil dari pihak RTAM (Railway Tourism Association Malaysia) dibawah program Malaysia Railway Tourism.

Homestay Kampung Paya Guring, Arau, Perlis

Mengikutkan majoriti bila bertanya tentang homestay di Perlis, kebanyakkan akan kata Homestay Kampung Paya Guring merupakan homestay yang sangat famous di Perlis. Kenapa ianya famous? Haa yang ini mungkin anda kena datang dan alaminya sendiri di sini.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-9Kiri – Tuan Haji Romlee, Kanan – Abang Jamil (RTAM)

Homestay Kampung Paya Guring ini dikendalikan oleh Tuan Haji Romlee bin Haji Hassan, Pengerusi Homestay dan juga Pengerusi Koperasi Kampung Paya Guring.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-6

Homestay-Kampung-Paya-Guring-7

Homestay-Kampung-Paya-Guring-5

Bermula pada tahun 2003, sudah 13 tahun bertapak dan menyediakan pakej homestay buat pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota. Selain dari bangunan homestay, terdapat juga sebuah surau, balai sidang, dewan terbuka, dataran dan pentas untuk persembahan.

Aktiviti di Homestay Kampung Paya Guring

Buat yang menginap di homestay ini, terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan seperti kampung tour dan persembahan dari Pasukan Kebudayaan Kampung Paya Guring.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-14

Homestay-Kampung-Paya-Guring-20

Homestay-Kampung-Paya-Guring-16

Homestay-Kampung-Paya-Guring-15

Kebun Mangga Harum Manis

Kampung Tour dijalankan dimana, warga penduduk Homestay Kampung Paya Guring, akan membawa pengunjung untuk berjalan sekitar kawasan kampung-kampung dan boleh melihat ladang kebun mangga harum manis, pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian dan mangga epal. Lawatan kampung ini juga akan membawa pengunjung ke kawasan sawah padi.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-19

Homestay-Kampung-Paya-Guring-18

Homestay-Kampung-Paya-Guring-17

Homestay-Kampung-Paya-Guring-3

Homestay-Kampung-Paya-Guring-21

Pekena kopi sat dengan Uncle Tusirin. Uncle cool yang sangat photogenic. Hehe.

Dia yang best kalau datang masa sawah tengah hijau dan masa padi tengah menguning, iaitu sekitar bulan 5 dan bulan 9. Datang sekarang, tak semuanya hijau, tambahan dengan musim EL Nino, yang saya hanya dapat lihat adalah tanah gersang. Hewhew.

Terdapat juga tempat ternakan Lebah Madu Kelulut, jangan risau, lebah ni tak sengat. Hanya manusia je gatal kadang-kadang rasa nak sengat. Eher.

Pada malam salah satu harinya, akan ada persembahan dari Pasukan Kebudayaan Kampung Paya Guring buat hiburan untuk pengunjung. Antara persembahannya ialah persembahan Hadrah, Gendang Panjang dan juga Silat.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-29

Homestay-Kampung-Paya-Guring-30

Homestay-Kampung-Paya-Guring-31

Ada juga selingan karaoke misteri buat group kami, oleh salah seorang Tourist Guide, Diane Lee. Kami kena pilih satu nombor yang mewakili muka surat dan kena nyanyi lagu di muka surat tersebut.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-24

Homestay-Kampung-Paya-Guring-25

Homestay-Kampung-Paya-Guring-26

Homestay-Kampung-Paya-Guring-27

Saya pun tak terkecuali. Haha.

Chalet di Homestay Kampung Paya Guring

Sekitar pada tahun 2015, pihak Homestay Kampung Paya Guring diberikan peruntukan untuk membina chalet-chalet baru kerana terdapat permintaan yang ramai setiap bulan sampai bilik tidak mencukupi. Lantas dengan peruntukan ini, mereka dapat membina 34 buah chalet baru dengan konsep ‘bilik’, lengkap dengan katil queen dan single, bilik air, televisyen, aircond, almari, tuala dan sejadah.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-4

Ni lah rupa chalet homestay

Homestay-Kampung-Paya-Guring-11

Homestay-Kampung-Paya-Guring-12

Homestay-Kampung-Paya-Guring-13

Bilik direka seakan duduk di bilik hotel, memudahkan pengunjung untuk berehat dan sepastinya selesa, jangan risau. Untuk makanan dan hidangan, mereka akan hidangkan di dewan terbuka bagi menyenangkan untuk berkumpul dan mengenali antara satu sama lain.

Homestay-Kampung-Paya-Guring-8

Rupa dewan terbuka mereka

Homestay-Kampung-Paya-Guring-10

Masa sampai je, kami dihidang dengan pulut mangga

Homestay-Kampung-Paya-Guring-2

Hidangan makan malam kami

Homestay-Kampung-Paya-Guring-1

Pekena kopi kampung untuk supper

Homestay-Kampung-Paya-Guring

Lunch sebelum pulang ke KL

Sekali-sekala tinggal di kawasan kampung, dapat membuatkan kita tenang untuk seketika serta berpeluang untuk mencuba makanan kampung.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi

Tuan Haji Romlee bin Haji Hassan
019-5488519
Homestay Paya Guring, Kg. Paya Guring,
Pauh, 02600, Arau Perlis
paya_guring@gmail.com

Facebook

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas