Hotel Review: Eco Tree Hotel Melaka

11
  • 847
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 5 October 2015 • 847 paparan
oleh Website/Blog

Baru-baru ini, team TL berkesempatan untuk berjalan di Melaka dan menginap di salah sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Selamat datang ke Bandar bersejarah Melaka, tempat di mana segalanya bermula. Ternyata lokasi yang strategik di tengah-tengah kota Melaka ini sangat sesuai buat anda yang hadir untuk perniagaan, mesyuarat, percutian ataupun sekadar sedikti keseronokan. Bak kata mereka, “MELAWAT MELAKA BERERTI MELAWAT MALAYSIA”

1

2

Eco Tree Hotel Melaka

Eco Tree Hotel merupakan sebuah hotel kontemporari 3 bintang yang terletak betul-betul di tengah kawasan perniagaan Bandar Melaka Raya. Dengan berjalan kaki sahaja, anda boleh pergi ke tempat bersejarah seperti kota Afamosa dan muzium, pusat membeli-belah seperti Dataran Pahlawan, Hatten Square dan Mahkota Parade,  serta Jonker Street dan bermacam kedai makan dan pusat kesihatan & spa yang berdekatan.

10

Mempunyai sebanyak 116 bilik dan terdiri daripada enam jenis kategori bilik – Superior, Executive Deluxe, Executive Suites, Premier Suites, Studio Suites dan juga Family Suites. Sini TL book bilik Executive Deluxe Twin. Dua katil single sesuai untuk TL yang datang seorang. Saja nak #ShortGetaway hujung minggu.

9

Seperti hotel-hotel yang lain, bilik-bilik di Eco Tree Hotel dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Flat Screen TV, Wifi, Water Kettle, Hairdryer, Mini Fridge, dan juga telefon. Tapi yang paling TL suka adalah Rain Shower, yakni shower dari siling seperti air hujan. *Maaf tiada gambar kerana terlalu excited*

Teak Coffee House

12

Sudah pasti hotel tidak akan lengkap dengan tempat makan, di Eco Tree Hotel, mereka mempunyai Designer’s Coffee House. Mulakan hari anda dengan sarapan yang terbaik di Teak Coffee House, hidangan divariasikan dari makanan tempatan dan juga hidangan barat. Breakfast dibuka seawal 7 pagi, jam 6.30 pagi selesai subuh TL terus turun untuk makan sarapan pagi. Hidangan yang sangat sedap, surprisingly sambal nasi lemak dia superb!

SkyDeck 360 degree, SkyBar dan juga SkyPool

5

6

Kolam renang dengan kedalaman 4 kaki beserta 25 meter panjang di Eco Tree Hotel ini merupakan kolam renang paling tinggi pernah dibina di Melaka, beserta air terjun buat anak-anak kecil untuk menikmati. DI tahap ketinggian ini, Eco Tree Hotel juga mempunyai tempak hangout yang dinamakan SkyDeck 360 degree, dimana pengunjung hotel boleh menikmati minuman beserta pemandangan panorama sekeliling Bandar Melaka pada ketinggian tingkat 9 Eco Tree Hotel ini. Sudah pasti menikmati pemandangan matahari terbenam, bersama teman mahupun tersayang, menjadikan memori yang terindah buat pengunjung.

7

8

4

Sini TL nak share dan bagi pesanan buat anda dan juga diri TL untuk masa hadapan, apabila anda berhajat untuk stay di mana-mana hotel yang ada pool, sila call pihak hotel terlebih dahulu dan bertanya tentang pool buka ataupun tidak, kerana Sabtu lepas masa check-in TL dapati pool tutup satu hari sebab ada private function. Sudah pasti TL kecewa dengan berita ini. Nasib hari Ahad pool beroperasi seperti biasa dan TL luangkan hampir 2 jam dalam pool setinggi langit ni. Cewah!

3


Eco Tree Hotel

1, Jalan Melaka Raya 9,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
Telephone:+606 – 292 1888
Fax:+606 – 281 9991
E-mail::reservation@ecotreehotel.com

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas