The Wknd Sessions Live Finale & TWRF Showcase

15
  • 626
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 12 October 2015 • 626 paparan
oleh Website/Blog

The Wknd Sessions merupakan satu badan organisasi yang mengenengahkan industri muzik melalui streaming online pada asalnya telah berganjak ke live performance. Kebanyakkan semuanya boleh didapati di web youtube showcasing the independent groups. Bermula pada tahun 2008, mengikut kepada founder The Wknd, Fikri Fadzil, setelah berkecimpung selama 7 tahun dalam menghidupkan The Wknd, beliau telah membuat keputusan untuk mewujudkan satu pengalaman yang lebih mendekatkan peminat kepada muzik.

Mereka juga mencuba untuk mencari jalan bagi memuaskan kedua belah pihak antara, band-band diluar sana dan juga peminat mereka. Dengan terlahirnya “The Wknd Session Live”, matlamat utama mereka adalah dengan menunjukkan bahawasanya tiada perlabelan ‘mainstream’ mahupun ‘indie’ dalam sesebuah muzik, yang ada hanyalah good music. Bantuan daripada The Wknd Recording Fund (TWRF), sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat dan juga nama band-band yang mula menapak langkah melalui program ini.

The Wknd Sessions Live Finale

Selepas mengembara ke Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Kuching, program siaran langsung The Wknd Session – buat yang tidak tahu, ini merupakan rakaman persembahan secara langsung oleh pihak The Wknd.

Pada Jumaat yang lalu, (9 Oktober 2015), bertempat di Playspace LIVE, PJ, berlangsungnya finale bagi The Wknds Session Live yang terdiri daripada tiga group iaitu Kyogg, Golden Mammoth dan juga Orang Malaya, bersama band jemputan Mutesite dan juga soulful-singer Najwa Mahiaddin. Event ini juga dikolaborasikan dengan Hotlink bersama hashtag #Hotlink #LiveLifeLoud dan juga #LayanLokal.

12

13

Kyogg merupakan band pertama untuk mempersembahkan 2 buah lagu yakni “7 O’clock” dan juga “Red Eyes” dengan berpakaian casual dan tidak ketinggalan bulu peacock diselit dikelapa bak red indian.

10

11

Diikuti pula dengan Orang Malaya dengan catchy tagline “Groove itu penting!” tidak kurang hebatnya dengan lagu mereka iaitu “I Luv Ya” dan “I Can Be Home Tonight”.

8

9

Persembahan terakhir dari 3 finalis The Wknd Recording Fund digamatkan dengan vokalis comel dari Golden Mammoth dengan alunan lagu “Peer Pressure” dan “Scoot’s Anthem”.

7

6

Sebelum mengumumkan pemenenang untuk projek ini, peminat dihiburkan dengan kumpulan kugiran Mutesite, terdiri daripada 4 ahli dengan playlist muzik instrumental. Mempersembahakan 5 buah lagu ternyata memang tidak cukup untuk TL. Anda boleh juga dengarkan lagu-lagu mereka di sini.

5

Terakhir sekali adalah persembahan dari penyanyi favourite dari genre soul, iaitu our very own Najwa Mahiaddin mendedangkan lagu-lagu dari album EP beliau, antaranya ialah “Floating” dan “Seri Mersing”.

Masa yang ditunggu telah tiba, tempat ketiga dengan hadiah bernilai RM2000 dimenangi oleh Golden Mammoth, diikuti di tempat kedua dengan hadiah bernilai RM3000 oleh Kyogg, dan tempat pertama dengan hadiah bernilai RM10,000 beserta record label dari The Wknd ialah Orang Malaya!

2
Tempat pertama – Orang Malaya

3
Tempat kedua – Kyogg

4
Tempat ketiga – Golden Mammoth

1
Orang kuat dibalik The Wknd Session Live

Tahniah buat anda semua.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas