RANGER F&N Minuman Bertenaga

4
  • 919
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 25 January 2016 • 919 paparan
oleh Website/Blog

Naa, buat para atlet mahupun sports junkie, or maybe workaholics out there, pastinya mencari minuman-minuman bertenaga untuk refuel tenaga betul? F&N, terbaru, sudah mengeluarkan satu produk minumam hangat dipasaran yang dipanggil RANGER – dengan tagline, definisi tenaga baru untuk kekuatan dan fokus !

Untuk menembusi segala halangan dengan mantap dan dinamik, anda sekalian amat memerlukan TENAGA. Dengan adanya tenaga yang mencukupi, anda sentiasa sedia menawan apa jua matlamat yang ingin dikecapi. Senang citer, minum air RANGER ni, konfem settle semua kerja. Boleh balik awal dari ofis. Hehe.

Minuman tenaga baharu daripada F&N, RANGER, mengandungi gabungan ramuan untuk meningkatkan tenaga dalam diri anda. Ia bukan sahaja mampu untuk meningkatkan tenaga fizikal, ia juga mampu meningkatkan kecerdasan minda dan kadar metabolisma diri. RANGER paling sesuai diminum sewaktu bekerja, ataupun ketika memandu terutamanya pemanduan jarak jauh kerana ia memberikan anda daya tumpuan yang tinggi. So, for those yang sering mengantuk time driving pergi dan balik kerja tuh, boleh la capai air RANGER ni yee.

Imej Harimau buat RANGER

Kenapa RANGER disinonimkan dengan seekor harimau? Kenapa tak gajah for kekuatan, or Singa untuk kemegahan? Sebabnya, Ikon Harimau ni melambangkan kekuatan fizikal dan naluri kegagahan seorang wira dalam setiap jejaka. Dan juga untuk menampakkan ilusi moden dan bergaya pada tin 250 ml minuman RANGER ini. Ye lah, dah minum, konfem la rasa gah ! Like wow!

Ranger F&N

Gabungan Fokus dan Cabaran dalam RANGER

Minuman ini mengandungi Taurina dan Kafein yang membantu anda kekal fokus untuk menghadapi cabaran hidup dan menempuhnya dengan berani. Diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin B3 dan B6 yang membantu melepaskan tenaga dalam proses pemakanan badan kita, RANGER juga adalah satu-satunya minuman tenaga dalam pasaran Malaysia yang mengandungi Vitamin C. Malas makan Vit C? Just chug down this bad boy instead!

Ranger F&N

“Bagi kebanyakan orang ramai yang ingin mencapai lebih lagi dalam kehidupan ini, mereka perlukan tenaga dan kekuatan mental serta fizikal. Apabila mereka kekurangan tenaga, mereka mungkin kurang berupaya untuk mencapai matlamat anda. Oleh itu, RANGER dapat memberi rakyat Malaysia ‘dorongan’ yang diperlukan, memacu mereka untuk menghadapi cabaran dengan sepenuh hati dalam setiap perkara yang dilakukan,” kata Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama, F&N Beverages Sdn Bhd.

RANGER di seluruh Malaysia

No more alasan malas nak cari. RANGER dah dipasarkan dah. Tinggal naik moto mahupun kereta untuk pergi beli. Agak-agak ada rasa letih, minumlah RANGER untuk merangsangkan tahap fizikal dan mental anda-anda sekalian. Laksanakan tugasan anda dengan adanya tenaga RANGER yang melahirkan naluri pejuang sebenar dari dalam anda. Giteww.

Ranger F&N

Tak caya boleh tengok Facebook mereka tentang perjalanan mempromosikan minuman baru dari F&N – RANGER

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas