Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad

20150830_205150
  • 483
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 31 August 2015 • 483 paparan
oleh Website/Blog

20150830_212435

Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad. Sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-58, KTM Berhad telah mengadakan Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad di dalam koc khas iaitu Koc Santai (Event Coach) dari KL Sentral – Ipoh – KL Sentral.

20150830_215005

20150830_213402

Pengalaman menyambut merdeka di dalam tren nyata berbeza. Selalunya kita laung “Merdeka!” di tengah-tengah Dataran Merdeka, takpun di stadium Bukit Jalil. Kali ni laung dalam tren! Tambahan pula, Koc Santai memang sangat sesuai bagi keluarga yang ingin mendakan acara didalam tren. Sebagai contoh majlis sambutan hari jadi, sesi berkaraoke mahupun trip balik beraya bersama dalam satu koc. Mungkin kerana keluasan yang diberikan menyebabkan kami senang untuk menikmati acara Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad di dalam koc santai.

20150830_220557

20150830_224639

20150830_231811

Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad ni bukan sekadar laungan sahaja ye, KTM Intercity dikolaborasikan dengan Kumpulan Pemuisi Kuala Lumpur serta penampilan khas kumpulan KTM-Perkap Busker. Who knew some of the staffs of KTMB got hidden talent.

20150830_232616

20150830_235449

Sambil menunggu tepat jam 12 malam, bendera Malaysia diagihkan kepada semua warga penumpang tren Ekspress Langkawi oleh Presiden KTMB Intercity demi Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad.

20150831_000039

20150831_000932

Lagu-lagu patriotik juga dinyanyikan bersama dengan iringan dari kumpulan busker.

Ternyata perjalanan Program Gema Merdeka On-Board KTM Berhad diisi dengan semangat patriotik dalam bentuk, bukan sahaja lagu malah puisi.

20150831_001113

Thank you KTMB Intercity!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas