PIIACUF & LAMPU Putrajaya 2015

  • 0
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 9 November 2015 • 0 paparan
oleh Website/Blog

Bermula dari 29 Oktober hingga 1 November 2015, Putrajaya sekali lagi menjadi tumpuan dengan penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2015 dan Lights And Motion Putrajaya (LAMPU) 2015. PIIACUFF kali ini bertemakan “Khazanah Jalan SUtera dan Laluan Rempah”, menampilkan pameran dan persembahan mantap dari penggiat seni dari Negara Turki, Oman, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kuwait, Algeria, Iran, China, Tunisia, Brunei dan Malaysia yang diwakili oleh Pusat Pelancongan Islam dari Kelantan dan Johor.

Putrajaya International Islamic Arts and Cultures Festival 2015

2

Pada majlis perasmian PIIACUF 2015 di Presint 3 Putrajaya, YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, berkata, “Anjuran ketiga PIIACUF ini dilihat berjaya menjulang serta mengukuhkan posisi Putrajaya sebagai pusat kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu. melalui PIIACUF juga, ia membuka peluang perniagaan dan perdagangan antara Putrajaya dan negara peserta.

1a

3

Antara acara-acara menarik yang diketengahkan ialah Pameran fakta-fakta dan sejarah Tamadun Islam, Pameran Seni Khat oleh IRCICA, Pertunjukan Fesyen Antarabangsa, Persembahan Kebudayaan dan banyak lagi.

Lights and Motion Putrajaya 2015

b

Photo credit to Astro Awani

Pada malamnya pula, kemeriahan diserikan dengan Festival LAMPU 2015 termasuklah Pemetaan Bercahaya, Struktur Bercahaya, Taman Bercahaya, Gerbang Bercahaya, Persembahan Tron Dance dan pelbagai program menarik pada waktu malam. Buat yang terlepas event ini this year, boleh try for next year okay?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas