Pelancaran World HOST 2015

12
  • 580
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 6 December 2015 • 580 paparan
oleh Website/Blog

World HOST 2015 – Homestay Organization Summit for Tourism

Bertempat di Mini Auditorium, MaTic pada 29 November yang lalu berlangsungnya program pelancaran World HOST 2015 – Homestay Organization for Tourism. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat menggalakkan rakyat tempatan dan juga foreigners tentang pelancongan yang beretika dan bertanggungjawab.

Program World HOST 2015 ini melibatkan industri dan sektor swasta yang berkhidmat dalam industri perlancongan, seperti organisasi pelancongan, homestay dan komuniti pembekal pelancongan (produk), institusi perniagaan dan pendidikan, dan mereka yang terlibat dalam industri ini secara langsung ataupun tidak. Senang cerita, program ini memang ditujukan khas buat mereka yang berkaitan agar apa yang ingin dicapai, tercapai.

World HOST 2015 juga bukan sekadar perhimpunan untuk kepentingan global, tetapi ia juga cara untuk merealisasikan nilai-nilai yang lain, baik ketara mahupun tidak.

Mengikut kepada Pengarah World HOST 2015, Dato’ Sahariman Hamdan, yang juga merupakan Presiden Persatuan Homestay Malaysia berkata, “melihat kepada program homestay, pengalaman dan juga keasyikkan pembelajaran benda baru, serta pasaran dan sasaran demografi untuk pelancong, sedikit sebanyak dapat memberikan pelunag untuk pengembangan, dan memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian melalui bengkel-bengkel aktif dan forum.”

Idea ini disokong oleh Pengerusi World HOST 2015, Dr. Rowena ‘Rowee’ Delgado. Beliau juga merupakan Pengarah Program dan Perunding untuk Community Homestay Tourism Network. Beliau berpendapat dengan tema “Achieving Global Impact Together”, mereka akan fokuskan kepada bagaimana untuk kekalkan pasaran pelancongan dengan menyediakan pengalaman yang menarik, jadual perjalanan yang menyeronokkan dan aktiviti yang menguji diri mahupun minda. Menurut belau lagi, “Program World HOST 2015 ini menyediakan platform buat individu, dan juga organisasi untuk bekerjasama dalam mempromosikan sesuatu tempat, budaya dan juga pengalaman. Kerana kita tahu, peluang melalui jalinan antarabangsa tiada kesudahannya.”

Perwakilan Global World HOST 2015

Program ini tidak akan lengkap tanpa delegates-delegates dari luar, kerana apa yang TL faham ialah, program ini dianjurkan untuk menggalakkan foreigners untuk tinggal di homestay Malaysia, as well as rakyat tempatan untuk cuba tinggal di homestay foreigners. Ye lah, kita sendiri pun sedikit sebanyak tau akan budaya rakyat tempatan tak kisah negeri mana pun kan, so program ni nak suruh kita cuba benda baru.

Program ini mempunyai seramai 8 orang perwakilan dari serata dunia – Malaysia, Australia, Thailand, Philipines, Bhutan, dan juga Cambodia. Antaranya ialah,

World Host 2015
Dato Hj Sahariman Hamdan, Presiden Persatuan Homestay Malaysia, memulakan majlis dengan ucapan berkisarkan “Way Forward – Managing the success of homestay programme in Malaysia through sustainable tourism practices.” P/S: ini gambar pada malam penutupan di Bukit Fraser.

World Host 2015
Dr. Rowena ‘Rowee’ Delgado, Pengerusi World HOST 2015 dan juga Program Director and Consultant of Community Homestay Tourism Network, berkongsi pendapat tentang “Positioning community homestay tourism in the global tourism industry.”

World Host 2015
Tony Charters AM, Pengarah Pengasas, Tourism Australia. Membentang tentang “Homestay Meets Ecotourism – the place of authenticity and quality”.

World Host 2015
Dr Violeta Schubert merupakan Senior Koordinator untuk International Internship Program. Berkongsi tentang “Collaborations between universities and communities: Opportunities for knowledge sharing and engagement of youth.” dan Dr. Lindy Joubert, Pengarah Pengasas, UNESCO Observatory on Multidisciplinary Research in the Arts, menyampaikan ucapan bertajuk “Architecture, cultural tourism, community development, and the UNESCO Observatory Cultural Village Program.”

World Host 2015
Jaranya Daengnoy, Direktor di Thailand Community-Based Institute (CBT-i). berkongsi tentang “Community Based Tourism: an effective tool for sustainable development.”

World Host 2015
Thomas Graham, Penulis buku ‘The Genius of the Poor’ dan juga Pengasas untuk MAD Travel, Philipines, ini berceritakan tentang “Unleashing the Social Tourism Potential of the Philippines.”

World Host 2015
Sonam Choeden, Co-Founder of Bhutan Homestay, menyampaikan isi-isi dari tajuknya, “Mthun Lam: A different approach to homestay tourism in Bhutan.”

World Host 2015
Amy McLoughlin, Responsible Tourism Awards Manager & Associate Specialist, berkongsi tentang “Lessons learned in CBT: A decade of practice.”

World Host 2015
Untuk makluman lanjut, boleh layari www.worldhost2015.com

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas