Kemeriahan Warna Di Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016
  • 488
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 13 February 2016 • 488 paparan
oleh Website/Blog

Made in Pakistan Exhibition” bertempat di Mid Valley Exhibition Centre mensajikan kemeriahan warna buat Hari Perasmian Pakistan Expo 2016 pada 12 Februari 2016. Ini merupakan pameran terbesar pertama yang diadakan di Malaysia (Hall 1) dengan peserta seramai 63 orang wakil dari Pakistan.

Dimana majoriti merupakan kali pertama hadir ke Malaysia dengan niat untuk mengembangkan perniagaan dan mengkaji market dikalangan rakyat Malaysia. Mereka sudah mempunyai perniagaan yang besar di sekitar Eropah dan juga Amerika Utara, dan sekarang mereka ingin menceburi untuk menjelajah di sebelah timur.

Pakistan Expo 2016

Perasmian Pakistan Expo 2016

Pameran Pakistan Expo ini dirasmikan oleh Dato’ Dzulkifli Mahmud, CEO Matrade, bersama dua Memorendum of Understanding (MOU) ditandatangani antara pihak Kuala Lumpur Chamber (KLMCC) bersama syarikat penganjur SARG/EVECON, dan KLMCC bersama Surgical Industry. Dengan harapan, akan terlaksana jalinan perniagaan semasa pameran kerana ia sudah menarik perhatian syarikat tempatan.

Pakistan Expo 2016

Antara penceramah utama ialah Dr. Susan Cheah – Deputy President National Association of Woman Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Dato’ Dr. Sharif-ud-din Musa – President Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC), H.E Syed Hassan Raza – High Commissioner of Pakistan in Malaysia, Jehangeer Bajwa – Chairman Surgical Association, Farida Qureshi – President Woman Chamber dan akhir sekali Mir Nasir Abbas – Chairman EVECON/SARG.

Pakistan Expo 2016

Hasil Kerja Tangan Pakistan Expo 2016

Tahniah diucapkan buat penganjur keranan membantu dari segi memudahkan untuk pameran Pakistan Expo 2016 berjalan dengan lancar. Antara barangan hasil kraf tangan rakyat Pakistan yang dipamerkan di Pakistan Expo 2016 ialah pakaian tradisional yang diperbuat dari kualiti tinggi kain sutera, cotton, chiffon, bermacam-macam corak sulaman, dan rekaan masa kini. Terdapat juga hiasan diperbuat dari batu onyx, dimana batu yang tidak akan hilang kecantikannya walau beribu tahun. Unless you broke it to pieces. Eher.

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Terdapat juga kasut jahitan tangan dihiasi dengan labuci dan juga manik-manik yang amat cantik. Tidak dilupakan beg tangan atau tas tangan kecil untuk anak-anak kecil bermain. Jahitan tangan yang sangat kemas pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang hadir di pameran Pakistan Expo 2016 ini.

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Pakistan Expo 2016

Selain dari itu, terdapat juga alatan-alatan ekslusif untuk kesihatan seperti alatan surgical atau pembedahan, kecantikan serta pergigian. Tapi TL lupa ambil gambar ini.

Makanan Rakyat di Pakistan Expo 2016

Selain dari barangan yang disebut, ada juga wakil yang menyediakan makanan tradisional rakyat Pakistan. Antara yang TL dapat merasa ialah Fruit Chart. Tak pasti jika itu ejaannya tapi itulah yang mereka sebut. Ia merupakan salah satu dessert gabungan buah pisang, epal, delima, kacang badam, kismis dimakan bersama susu/yogurt dan sedikit rempah khas dari mereka. Bila ditanya apa nama rempah tersebut, all they can say is “Baba’s” Haha. Its a bit weird for me, tapi boleh la makan. Sepinggan RM7 sahaja. Mereka juga ada briyani !

Pakistan Expo 2016

Buat anda rakyat Maaysia, dijemput untuk hadir ke Pakistan Expo di Hall 1 Mid Valley (Level atas sekali) untuk menjamu mata jubah lawa-lawa dan makanan mereka.

Pakistan Expo 2016
12 Februari 2016 – 15 Februari 2016
Hall 1 Mid Valley Megamall

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas