Outlet ke-100 Sushi King di AEON Mall Shah Alam

Sushi-King-100-Outlet
  • 411
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 April 2016 • 411 paparan
oleh Website/Blog

Sebut sahaja Sushi King, pasti ramai yang terbayangkan konsep hidangan makanan yang tersedia di atas ‘conveyor belt’ yang begerak mengikut laluan. Bukan sahaja mudah, malah ia membuatkan anda tidak perlu menunggu lama untuk mengisi perut yang berkeroncong!

Apatah lagi dengan rasanya yang segar, maklumlah terus keluar dari dapur dan bergerak ibarat keretapi yang mengisi makanan lazat!

Sushi King Shah Alam

Hanya Yang Segar dari Sushi King

Sesekali lari dari konsep kebiasaan, apa salahnya! Barulah boleh feeling-feeling Kitaro ye dak? Seakan kena dengan slogannya “Smiling, Served Fresh”, anda kini boleh tersenyum sambil menikmati keenakan Sushi King yang menawarkan hidangan Jepun yang berkualiti dengan bahan-bahan yang diimport terus dari Jepun, Norway dan sebagainya.

Sushi King Lebih 20 Tahun

Sushi King Aeon Mall

Oh ya! Jutaan tahniah diucapkan kepada Sushi King yang baru-baru ini melakar detik bersejarah dengan pembukaan outletnya yang ke-100 di Aeon Mall Shah Alam!

Sedar tak sedar, restoran makanan Jepun yang terbesar di Malaysia kini telah beroperasi lebih 20 tahun. Sudah semestinya ia menjadi satu pencapaian terbesar bagi Sushi King.

Status Halal Sushi King

Bukan hanya cerita pembukaan yang mahu diwar-warkan di sini, malah Sushi King juga membawakan berita baik buat anda yang masih ragu-ragu dengan status halal restoran berkonsepkan makanan Jepun ini.

Buat pengetahuan semua, Sushi King dalam proses memohon status Halal daripada JAKIM pada 7 Mac yang lalu dan berkemungkinan bakal mendapat status Halal sekitar bulan Jun atau Julai 2016.

Majlis yang dihadiri oleh pemilik dan juga Pengerusi Taxchem, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Fumihiko Konishi dan beberapa ahli majlis tertinggi Texchem Group Sdn Bhd mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan bagi penggiat media dan tentunya bagi mereka-mereka yang gemarkan makanan Jepun ini.

Hanya di Sushi King Aeon Mall

Outlet baru Sushi King di AEON Mall Shah Alam ini terletak di Japan Street yang berada di tingkat 1. Istimewanya outlet ke 100 ini ialah di mana ia menawarkan menu sampingan yang tiada di mana-mana outlet lain. Antara yang boleh anda cuba adalah Kushiage, Scallop and Salmon Age Sushi, Mochi Durian dan Mochi Pandan. Rugi sangat tak cuba ok?

Untuk makluman lanjut boleh klik sini

Facebook
Website

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas