Open House Gaya Travel 2015 dan Pelancaran Pasport Asean

pelancaran program tv pasport asean di tv1
  • 766
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 12 August 2015 • 766 paparan
oleh Website/Blog

Pada hari Selasa (28 July 2015) yang lepas kami telah dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka (open house) Gaya Travel Magazine dan pelancaran program TV Pasport Asean di Ruang Event Space Seksyen 16 Shah Alam.

Jika tahun lepas Gaya Travel Magazine buat di Berjaya Times Square secara tertutup tapi kali ni mereka buat secara terbuka di Ruang Event Space Seksyen 16 Shah Alam untuk memastikan lebih ramai rakan media dan client dapat turut serta bagi mengeratkan hubungan siratul ar-rahim antara satu sama lain dimana jika diwaktu hari-hari biasa mereka lebih kepada pengurusan kerja sahaja.

Pelancaran Program TV Pasport Asean

pelancaran program tv pasport asean di tv1

Program TV Pasport Asean adalah sebuah rancangan travelog yang membawa penonton untuk melawat tempat-tempat menarik di seluruh Asean.

Pasport Asean rancangan yang dihasilkan oleh Gaya Travel Magazine dan diterbitkan oleh RTM ini ditayangkan pada setiap hari Ahad pada jam 9.30 malam bermula 27hb Julai yang lalu meliputi topik-topik berkenaan tarikan-tarikan pelancongan, budaya komuniti-komunity Asean dan tempat-tempat penginapan di destinasi-destinasi tersebut.

open house gaya travel magazine

Antara penaja yang turut menjayakan program TV Pasport Asean adalah Agoda, Hotel Quickly, Hotel Pullman Saigon Centre, Hotel Tugu Bali, Rizqun International Hotel Brunei, Lara Djonggrang Tugu Restaurant, SelamatBercuti.com dan banyak lagi.

rumah terbuka gaya travel magazine di ruang event space shah alam

Sepanjang tayangan program TV Pasport Asean ini juga, terdapat kuiz yang boleh disertai oleh penonton dimana kuiz ini akan dikeluarkan setiap minggu dan akan dikumpulkan sehingga habis tayangan di episod 13 dan penonton berpeluang untuk memenangi hadiah yang sangat lumayan. Jadi jangan lupa untuk saksikan Pasport Asean jam 9.30 malam setiap Ahad di TV1.

Sekitar Open House Gaya Travel Magazine

rakan media di open house gaya travel magazine

Selesai sahaja pelancaran program TV Pasport Asean pada lebih kurang pukul 5 petang, bermulalah berlangsungnya majlis rumah terbuka Gaya Travel Magazine dimana open house ini terbuka untuk pelanggan dan rakan media Gaya Travel.

Ramai rakan-rakan media dan pelanggan yang hadir ke open house ini tidak lepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengeratkan siratul ar-rahim antara semua.

sekitar rumah terbuka gaya travel magazine

Majlis berlangsung bermula dari 5 petang hingga 10 malam. Masa yang diperuntukkan panjang amat memudahkan rakan-rakan media dan pelanggan Gaya Travel Magazine untuk datang selepas habis waktu kerja. Rata-ratanya ramai yang datang selepas waktu kerja iaitu dalam pukul 6 petang ke atas.

Juadah Raya open house gaya travel magazine

menu makanan open house gaya travel

Pelbagai juadah dan menu makanan juga turut disediakan untuk pelanggan dan rakan media yang datang. Diantaranya adalah lemang, nasi briyani, rendang daging, kuih, kek dan banyak lagi serta buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.

Suasana sepanjang majlis memang sangat meriah ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan diantaranya adalah pertandingan lipat sampin kreatif, anyam ketupat dan teka lagu raya. Rakan-rakan media dan pelanggan juga berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang berupa tajaan penginapan di hotel-hotel seluruh Malaysia.

blogger di open house gaya travel

Dikesempatan ini juga rakan-rakan media terutamanya Blogger tak lepaskan peluang untuk bergambar. Bukan selalu dapat jumpa rakan-rakan media ni melainkan kalau ada event yang sama.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas