Misi Demi Kebersihan Dettol 2015

1
  • 536
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 November 2015 • 536 paparan
oleh Website/Blog

Kalau sebut je nama Dettol, apa yang anda fikirkan? Adakah botol cecair mop lantai? Hand-sanitizer comel? Ataupun iklan kanak-kanak jatuh lantas lututnya luka? Haaa, buat TL, setiap kali kalau dengar je nama Dettol, pasti akan ingat ubat antiseptic cecair oren yang untuk luka tu. Perghh, kalau luka then letak ubat tu mau menangis! Haha.

Pentingnya Menjaga Kebersihan

Baru-baru ini, Jenama Perlindungan Kuman No. 1* Malaysia ini, telah mengadakan Misi Demi Kebersihan Dettol 2015 dengan visi untuk mendidik kanak-kanak sekolah akan pentingnya kebersihan tangan bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kebersihan peribadi. Dettol, yakni peneraju kesihatan, telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memilih program yang dipanggil Misi Kebersihan, dengan harapan dapat mencapai 1.5 juta orang kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.

Melalui program ini, kanak-kanak sekolah dapat belajar mengenai kuman dan bakteria yang terdedah kepada mereka melalui tangan mereka setiap hari dan kepentingan membasuh tangan sebelum makan.

7

Mengikut kepada Rakesh Kumar Singh, Pengurus Pemasaran Dettol, RB Malaysia dan Singapura, “Kanak-kanak sentiasa mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara sekeliling. Dan mereka ingin menyentuh dan merasa apa yang dilihat – itulah cara mereka belajar. Setiap hari tangan anak-anak kita bersentuhan dengan banyak benda dan ramai orang, dan jika tidak diterangkan dengan cara yang betul untuk memebersihkan diri, kuman dan bakteria pada tangan mereka dengan mudahnya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit biasa seperti selsema, sakit perut dan cirit-birit sudah pasti membuatkan mereka tidak boleh hadir ke sekolah.”

8

YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I berkata, “Tahniah kepada Dettol kerana telah banyak membantu kanak-kanak di sekolah dari segi kepekaan terhadap kebersihan.”

Bayangkan, kita yang dewasa pun adakalanya tak tahu tapi masih boleh elakkan, inikan kanak-kanak. Maka, kebersihan amatlah penting buat kita semua.

Tahun Kedua Misi Demi Kebersihan Dettol 2015

Selain pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan ini, program Misi Demi Kebersihan Dettol 2015 ini juga menggalakkan sekolah-sekolah untuk menjana kempen kesedaran mereka sendiri untuk sentiasa mencuci tangan dengan baik.
Kalau kanak-kanak diajar dengan hanya cara mencuci tangan dengan baik, pasti tidak ada yang menyeronokkan betul? Jadi mereka telah menyediakan beberapa aktiviti bagi kanak-kanak sekolah untuk menjadikan pembelajaran ini lebh menyeronokkan. Antaranta ialah :

Sketsa pendidikan kebersihan tangan – untuk melibatkan pelajar supaya mereka lebih memahami akan kebersihan tangan.
Demonstrasi UV kuman – untuk menggambarkan bagaiman kuman merebak dengan mudah melalui sentuhan.
7 langkah mencuci tangan – demonstrasi penuh tentang cara yang betul untuk mencuci tangan.
Beg cenderahati – bukan setakat kanak-kanak sahaja yang diberi pendedahan, tetapi risalah pendidikan diselitkan juga buat ibu bapa di rumah.
Peringatan berterusan – menggunakan teknik menampal poster dikantin dan disekitar sekolah buat perigatan semua.

Tidak cukup dengan itu, program Misi Demi Kesihatan Dettol 2015 telah mengadakan Cabaran Sekolah Dettol dimana sekolah-sekolah akan bersaing antara satu sama lain untuk bertanding dalam kempen kebersihan.

Majlis Penyampaian Hadiah Misi Demi Kebersihan Dettol 2015

Bertempat di Everly Hotel, Putrajaya pada 20 November yang lalu, telah berlangsungnya penyampaian hadiah buat pemenang Cabaran Sekolah Dettol.

2

Juara, dengan membawa pulang hadiah berniai RM5000 berserta pengubahsuaian kantin sekolah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh.

3

Tempat kedua, beserta hadiah bernilai RM4000 dan juga renovation kantin sekolah, dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka.

4

Tempat ketiga, membawa pulang hadiah bernilai RM2000 dan juga pengubahsuaian kantin, dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Negeri Sembilan.

1

Anugerah kategori Idea Paling Kreatof dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka dengan membawa pulang produk-produk Dettol yang berjumlah RM2500.

Tahniah buat semua pemenang!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas