Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 Anjuran Denaihati

memori sepetang bersama blogger 2015
  • 443
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 13 June 2015 • 443 paparan
oleh Website/Blog

memori sepetang bersama blogger 2015

Hari ni berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger 2015 (SBB2015) bertempat di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya yang telah menghimpunkan lebih 100 orang Blogger Malaysia dan 5 orang Blogger dari Indonesia di satu tempat.

Untuk pengetahuan, Sepetang Bersama Blogger adalah acara tahunan yang seringkali diadakan untuk menghimpunkan penulis Blog dari seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Denaihati Network.

Tahun 2015 merupakan tahun yang ke-4 Sepetang Bersama Blogger diadakan bermula dari tahun 2012. Sepetang Bersama Blogger kali ini ditaja oleh Yeos Malaysia sebagai penaja utama dituruti oleh TheSumbs, Bakarlah BBQ & Rental, Jam Tawaf Denaihati dan eQurban sebagai penaja bersama. Manakala The Photolicious sebagai photo rasmi dan Kumpulan Media Karangkraf dan Astro Awani sebagai media rasmi. Yeos Malaysia tahun ini sekali lagi menjadi penaja utama untuk Sepetang Bersama Blogger 2015.

Sekitar Sepetang Bersama Blogger 2015

senaman pagi di Sepetang Bersama Blogger 2015

Bermula jam 8.00 pagi rakan-rakan Blogger telah berkumpul di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya dengan bermulanya sesi pendaftaran. Acul je yang sampai lambat dalam pukul 9 pagi sebab terlajak tidur hehe…

Sampai-sampai je kat sana, rakan-rakan Blogger dah pun berada dalam kumpulan masing-masing buat senaman ringan untuk aktiviti Treasure Hunt.

acara susun puzzle sepetang bersama blogger 2015

Untuk tahun ni, Sepetang Bersama Blogger memberikan kelainan berbanding pada tahun-tahun sebelumnya yang banyak melakukan aktiviti di dalam dewan.

wall climbing di sepetang bersama blogger 2015

Untuk kali ini, aktiviti diadakan di luar (outdoor) yang diantaranya dalah susun puzzle, wall climbing, mendaki bukit dan banyak lagi.

treasure hunt di sepetang bersama blogger 2015

Untuk aktiviti outdoor ni Acul tak turut serta. Acul hanya ikut ambil gambar sahaja. Acul memang jenis yang malas nak sertai aktiviti-aktiviti ni. Walaupun tak sertai, tapi sampai ke atas puncak juga la Acul naik (walau tumpang naik motor dengan Melastik Bintang hehe…).

mendaki bukit blogger treasure hunt sepetang bersama blogger 2015

Serius pancit dan basah lencun bermandi peluh sebab dah lama tak buat aktiviti keluarkan peluh sebabnya banyak habiskan masa mengadap PC buat laman web client.

rakan blogger di sepetang bersama blogger 2015

Aktiviti Treasure Hunt tamat lebih kurang pada jam 12 tengah hari. Kebanyakan kumpulan pada waktu ni sibuk buat posting di social media terutamanya di Instagram kerana ianya antara syarat utama untuk menang Treasure Hunt.

blogger social media Yeos Malaysia sepetang bersama blogger 2015

Hadiah pertama, pemenang akan bawa pulang wang tunai RM3,000 manakala tempat kedua wang tunai RM1,200 dan tempat ketiga RM800. Hadiah yang tersangat-sangat lumayan.

Bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang, peserta Sepetang Bersama Blogger diberikan ruang waktu waktu untuk makan dan berehat sebelum memulakan sesi forum dan perkongsian daripada mereka yang telah berjaya dalam dunia Blogging atau yang berkaitan.

Perkongsian Ilmu

panel jemputan sesi forum sepetang bersama blogger 2015

Untuk tahun 2015 ini, jemputan panel adalah Tuan Aqif Azizan yang popular di kalangan Internet Marketer dimana beliau hebat dalam penulisan jualan. Panel kedua pula saudari Anazkia Blogger dari negara jiran Indonesia yang menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Malaysia untuk membuka mata rakyat negaranya mengenai isu pembantu rumah dan majikan yang telah mendapat perhatian oleh ramai pihak dan panel ketiga Tuan Hj Masrukhin Marzoki wakil dari eQurban yang menceritakan pengalaman beliau mengembara ke China selama 40 hari bersama anaknya.

perasmian jam tawaf denaihati di sepetang bersama blogger

Banyak perkongsian ilmu yang disampaikan oleh ketiga-tiga panel jemputan yang hadir. Terasa masa tersangat-sangat suntuk untuk perkongsian ilmu yang disampaikan. Kemudian, berlangsungnya majlis perasmian Jam Tawaf Denaihati yang telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Yani wakil dari Karangkraf.

Cabutan Bertuah

halim brother menang iphone 6 di sepetang bersama blogger 2015

Majlis Sepetang Bersama Blogger diteruskan dengan cabutan bertuah iaitu acara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan Blogger.

Setiap tahun, Denaihati Network menawarkan hadiah cabutan bertuah yang menarik untuk dimenangi yang diantaranya gadget terkini. Jika tahun lepas Acul dapat ipad mini tapi tahun ni tiada rezeki. Tak apalah, bagi pada mereka yang lain.

pn siti rokiah menang samsung note edge di sepetang bersama blogger 2015

Antara yang bertuah tahun ni adalah Halim Brothers yang menang iphone 6 dan Pn. Siti Rokiah yang menang Samsung Note Edge. Tahniah Acul ucapkan kepada mereka berdua.

pemenang utama blogger treasure hunt

Acara diteruskan kepada penyampaian hadiah pemenang Treasure Hunt dan pertandingan Sitkom Yeos. Tahniah kepada Zakwan Zain, Mahamahu dan BloggerLelaki yang menang GoPro Hero 4 Silver. Jangan banyak selfie lak pasni hehe…

Mungkin Tahun Yang Terakhir

Lebih kurang jam 4.30 petang berakhirlah Sepetang Bersama Blogger 2015. Mungkin tahun ini tahun yang terakhir Sepetang Bersama Blogger. Acul harap majlis Sepetang Bersama Blogger ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang kerana ini sahaja peluang untuk menghimpun ramai Blogger dalam satu tempat.

Sekarang ni jarang dah nak tengok Blogger berhimpun secara beramai-ramai apatah lagi nak bersua muka terutamanya rakan-rakan Blogger yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Apa-apa pun tahniah kepada Krew Denaihati Network terutamanya kepada Kid, Melastik Bintang dan rakan-rakan strategik lain serta para penaja yang telah menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun 2015 ini.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas