Media Fam Trip Langkawi

IMG-20160725-WA0002
  • 360
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 28 July 2016 • 360 paparan
oleh Website/Blog

Media Trip ke Langkawi, Kedah | Media familiarisation trip atau dikenali sebagai Media Fam Trip, kali ini dibawa ke Langkawi, Kedah. Media Fam Trip Langkawi yang dianjurkan oleh pihak KTMB kolaborasi bersama Tourism Malaysia Kedah ini terdiri daripada 13 org wakil media cetak dan juga elektronik beserta 3 staff KTMB termasuk Pegawai Encik Nordin Kimi – Pegawai KTM Intercity.

Media Fam Trip Langkawi ini bertujuan untuk meraikan majlis yang julung kalinya diadakan iaitu Majlis Muafakat Aidilfirti Daerah Langkawi beserta dibawa ke tempat-tempat kunjungan menarik di Langkawi.

ETS-Train-View

Bertolak pada hari Isnin (25 Julai 2016) menggunakan khidmat ETS ke Stesen Alor Setar pada jam 7 pagi dan sampai ke Stesen Alor Setar pada jam 11.30 pagi. Terima kasih buat Bas Intercity kerana menjadi official bus untuk transit dari KTM ke jeti feri di Kuala Kedah dan juga balik semula ke Stesen Alor Setar.

Ferry-Langkawi-View

Setelah 1 jam 40 minit menahan mata dalam feri dek ‘alunan’ ombak, makan kami pun tiba di pulau yang famous dengan ikon Burung Helang ini.

Ayer-Hangat-Spa-Village-Langkawi

Ayer-Hangat-Spa-Village-Jacuzzi-Langkawi

Tahukah anda, di Langkawi ini terdapat kolam air panas air masin? Ye, air masin macam air laut tuu. Di Ayer Hangat Hotspring Village & Spa, merupakan salah satu dari tiga tempat yang ada kolam air panas air masin. Dikatakan hanya ada tiga sahaja di dunia – Malaysia, Morocco dan? Sila google ye. Eher. Disini juga terdapat jakuzi hotspring.

Fish-Farm-Restaurant-Sea-View

Fish-Farm-Restaurant-Media-Trip

Fish-Farm-Restaurant-Lobster

Fish-Farm-Restaurant-table-Setting

Makan malam di Langkawi tidak susah. Andai tahu apa nak makan, kami diberi peluang untuk merasa juadah makan malam yang enak di Fish Farm Restaurant & Resort. Antara makanan yang dihidangkan ialah Lobster, Chilli Crab dan juga Kangkung Goreng Telur Masin. Trust me, sedap gila.

Hotel-Bahagia-Room-Langkawi

Hotel Bahagia di Kuah menjadi pilihan buat penginapan pada malam pertama. Bangunan 5 tingkat dengan menawarkan pelbagai jenis bilik dengan harga yang berpatutan ini juga mempunyai sebuah bakeri dan kafe disebelah.

Makam-Mahsuri-Langkawi

Makam-Mahsuri-Salasilah-Keluarga-Langkawi

Pada keesokkan hari, Makam Mahsuri merupakan lokasi pertama untuk memulakan perjalanan selepas menikmati hidangan sarapan pagi di hotel. Makam Mahsuri merupakan sebuah bangunan informasi tentang sejarah lagenda Mahsuri. Sedikit refresh tentang kisah Mahsuri – Mahsuri difitnah oleh rakyat kampung dan dibunuh tanpa bukti yang kukuh. Darah putih mengalir membuktikan bahawa Mahsuri tidak bersalah lantas sumpahan “Padang Jarak Padang Terkukur” dijatuhkan terhadap Langkawi selama 7 generasi.

Majlis-Muafakat-Aidilfitri-Daerah-Langkawi-2016

Pada waktu tengahari berlangsungnya Majlis Muafakat Aidilfitri Daerah Langkawi 2016 yang dihadiri hampir 1000 orang rakyat beserta lebih dari 50 badan kerajaan, NGO, pihak hotel dan juga syarikat swasta. Pelbagai juadah disajikan beserta persembahan nyanyian dan freestyle-football.

Galeria-Perdana-Arca-Langkawi

Galeria-Perdana-Langkawi

Seterusnya kami dibawa ke Galeria Perdana, sebuah muzium menempatkan barang-barang kepunyaan Tun dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali.

Blowing-Crystral-Kompleks-Kraf-Langkawi

Batik-Kompleks-Kraf-Langkawi

Kepakaran “blowing crystal” dan mencanting batik menarik minat kami di Kompleks Kraf Langkawi. Ternyata dua tarikan ini harus dijadikan tarikan wajib tatakala tiba di Langkawi.

Aseania-Hotel-Room

Aseania-Hotel-Swimming-Pool-Langkawi

Langkawi-Permata-Kedah

Apa guna datang ke Langkawi tapi tidak ke Pantai Cenang kan? Malam keduanya untuk Media Fam Trip Langkawi, kami menginap di Aseania Hotel di Pantai Cenang. Bilik yang selesa beserta kolam mandi yang mempunyai gelungsur sudah pasti sesuai untuk penginapan keluarga.

HIG-Group-Langkawi

Langkawi dan HIG group berpisah tiada. Hari terakhir kami di Langkawi dipenuhi dengan beg-beg plastik hijau di tangan masing-masing untuk dibawa pulang. Dari coklat, perfume ke pots and pans. Yes, the famous magic pan. Hehe.

Nasi-Kandaq-Hj-Ramli

Setelah selesai semuanya, kami berangkat ke jeti untuk pulang ke Kuala Kedah. Makan tengahari dinikmati dengan masakan Nasi Kandaq Hj Ramli. Kedai yang surprisingly sangat bersih dan makanan yang sedap menjilat jari, pasti membuatkan anda untuk datang lagi.

Tren pun tiba, masa untuk kami pulang ke dunia realiti. Setelah 4 jam 30 minit menikmati tayangan cerita Divergant dan playlist spotify on repeat, konduktor mula berbicara “Stesen KL Sentral”.

Media-Fam-Trip-Langkawi

Hugs and goodbyes were given. A big thank you to Encik Nordin, Kak Ayu and Abg Jepp berserta rakan-rakan media untuk Media Fam Trip Langkawi yang telah menjadi teman baru buat diri ini, hehe, sampai ketemu lagi di lain hari :)

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas