MaTiC Street Arts Festival 2015

2
  • 620
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 October 2015 • 620 paparan
oleh Website/Blog

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang bakal diadakan pada 7 dan 8 November 2015 bertempat di Lanai MaTiC.

MaTiC Street Arts Festival 2015 tampil keunikan seni dan budaya

5

Dalam ucapan sidang media yang diadakan disini, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, “MSAF 2015 merupakan satu inisiatif yang baik dalam menguar-uarkan tentang kepelbagaian dan keunikan Malaysia dalam konteks industri pelancongan, kebudayaan dan kreatif negara kepada para pelancong.”

1

Tambahan juga, MaTiC Street Arts Festival 2015 ini dianjurkan bagi mengenengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat bandar mahupun urban yang boleh dilihat sebagai satu trend hidup masa kini. Ini kerana ianya mampu untuk menjadi satu platform untuk mereka yang ingin menyerlahkan bakat-bakat terpendam para seniman, artis dan juga karyawan untuk memberi peluang mempertontonkan hasil karya mereka. Tambahan, festival ini dapat membuka peluang buat usahawan-usahawan termasuk artis tempatan dan industri F&B.

3

MaTiC Street Arts Festival 2015 idea hujung minggu

Memilih konsep “Family Fun” untuk MaTiC Street Arts Festival 2015, sudah pastinya memudahkan unuk menarik perhatian pengunjung dengan aktiviti yang menarik seperti persembahan konsert, kartun dan komik seperti kemunculan kartun terkenal BoboiBoy dan juga Megamind. Tidak lupa juga persembahan Pertandingan Buskers dan Indie Band, Mural dan Grafitti, Barber dan Clothing, Perhimpunan Bikers, Street Soccer Competitions, dan juga all time favourites, Food Truck!

Festival MaTiC Street Arts Festival 2015 ini bakal dimeriahkan dengan barisan artis terkenal tanah air dengan kehadiran Akim & The Majistret, Bunkface, Lan & The Typewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band.

4

Penganjuran festival MaTiC Street Arts Festival 2015 secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehentiinformasi pelancongan. Turut hadir dalam sidang media ialah EN Zain Azrai bin Rashid, Pengarah MaTiC, wakil-wakil daripada DBKL, People of Remarkable Talenst (PORT) Perak, Malaysia Buskers Club (MYBC), Koperasi Artis Malaysia (KOPSTAR), Tempatan Fest, Pekan Kartun, Movie Animation Theme Park (MAPS), Elang Wah Sdn Bhd (Hop-On Hop-Off Bus). Al-Ikhsan Sports, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), Bagasta Boutique Guesthouse, Fraser Residence dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

So dah tau kan mana nak pergi on 7 dan 8 November 2015?

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas