Make It Happen – Slogan Baru Maybelline New York

Maybelline-New-York-Malaysia
  • 443
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 April 2016 • 443 paparan
oleh Website/Blog

Maybelline New York – Make It Happen | Jenama mekap No 1 Di Malaysia baru sahaja melancarkan slogan “Make It Happen” bertujuan untuk menggalakkan wanita muda agar terus berusaha untuk mengejar impian mereka. Make It Happen merupakan satu inspirasi dari Maybelline New York, khas buat wanita muda Malaysia untuk mengejar cita-cita tanpa keraguan dan ketakutan, tapi dengan penuh keyakinan, sifat positif yang tinggi beserta kreativiti dengan penggunaan mekap.

Make-It-Happen-Maybelline

Make It Happen – Slogan Baru Maybelline New York

Make-It-Happen-Maybelline-Pink-Fong

Pengarah Pemasaran Pink Fong

Sempena pelancaran slogan baru, Pink Fong, Pengarah Pemasaran Maybelline New York Malaysia menerangkan maksud disebalik slogan yang baru. “Sebagai jenama kecantikan yang sangat sinonim dengan wanita, kita sentiasa memikirkan cara-cara baru untuk berinteraksi dengan mereka, terutama generasi millenium baru, bagi mencerminkan cara hidup mereka, berfikir dan bertindak hari ini. Slogan kami yang terdahulu, “Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline”, menyampaikan mesej bahawa kecantikan seseorang itu diukur bila beliau dilahirkan ‘sebegitu’ atau boleh mengubahnya dengan menggunakan produk Maybelline.”

“Dengan slogan baru Make It Happen, kami di sini ingin menekankan agar wanita-wanita diluar sana boleh menentukan kecantikan atas terma sendiri dengan usaha dan semangat go-getter dalam mencapai impian.

Maybelline ‘It’ Girls dan Asia’s Next Top Model

Maybelline-It-Girls

Maybelline-Make-It-Happen

Maybelline New York turut menampilkan sekumpulan wanita yang memiliki semangat Make It Happen dalam mencapai impian masing-masing. 5 gadis ‘IT’ dengan pelbagai latar belakang dan minat, berkongsi semangat yang sama dalam mencapai matlamat hidup mereka, begitu juga buat finalist peringkat akhir rancangan Asia’s Next Top Model 4, dimana Maybelline New York merupakan penaja rasmi bagi produk mekap.

Para media dilihat agak teruja dengan cara jurumekap Steven Sunny dalam menggunakan ‘magic’ dalam mentransformasikan finalist Asia’s Next Top Model dengan hanya menggunakan Maybelline Rosy Matte lipstick, Maybelline Hypersharp Powerblack Liquid Liner dan Magnum Barbie Mascara.

Maybelline-New-York

Team Trilode juga berpeluang untuk menggunakan produk-produk yang diberi dalam goodie bag. Tak sabar nak cuba. Thank you Maybelline!

Untuk makluman lanjut boleh klik sini
Facebook
Website

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas