Majlis Muafakat Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2016

2016-07-26 02.41.47 1
  • 407
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 26 July 2016 • 407 paparan
oleh Website/Blog

Langkawi, Kedah | Majlis Daerah Langkawi dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menganjurkan Majlis Muafakat Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi yang diadakan pada 26 Julai 2016 berhadapan dengan Pusat Penerangan Pelancongan Tourism Malaysia. Majlis rumah terbuka ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Kedah.

Menurut Tuan Haji Isahak Murat, Pegawai Daerah Langkawi, Majlis Muafakat Aidilfitri ini julung kalinya diadakan di Pulau Langkawi dibuat secara kerjasama yang melibatkan pelbagai agensi swasta dan kerajaan.

Secara tidak langsung, ia dapat memupuk semangat gotong-royong dan muafakat antara jabatan kerajaan dan swasta di Pulau Langkawi. Sebanyak 30 agensi kerajaan dan swasta telah menyertai majlis tersebut.

Majlis Muafakat Aidilfitri ini telah berlangsung dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dengan seranai 10,000 orang awam serta pelancong yang berada di Pulau Langkawi telah turut serta di dalam memeriahkan majlis ini.

Selain daripada jamuan makan, pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kebudayaan, ‘photo booth’ yang disediakan untuk menggayakan pakaian tradisional Kedah telah disusun bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Bagi memudahkan pergerakan pelancong, kemudahan perkhidmatan bas ‘shuttle’ disediakan oleh Persatuan MATTA Kedah di setiap hotel bagi membawa tetamu hotel untuk turut serta dalam majlis ini.

Antara hidangan yang disajikan di Majlis Muafakat Aidilfitri Peringkat Daerah Langkawi 2016 – Gulai Kawah daging kerbau, Kambing golek, mee goreng mamak, lempeng pisang kelapa, rojak buah, dan banyak lagi.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas