L’Oréal Paris Makeup Designer – solekan inovatif dan kreatif

Loreal-Paris-Makeup-Designer-Models
  • 346
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 30 June 2016 • 346 paparan
oleh Website/Blog

Jangan sekadar memakai mekap, reka solekan anda dengan
L'Oréal Paris Makeup Designer yang baharu & inovatif!

L’Oréal Paris Makeup Designer | Jenama kecantikan Perancis, L’Oréal Paris, yang terkenal dengan kepakarannya dalam solekan glamor harian melalui produk kosmetik inovatifnya, mendedahkan identiti baharu jenamanya hari ini yang dikenali sebagai L’Oréal Paris Makeup Designer. Dicipta untuk membantu wanita mereka solekan mereka, menonjolkan formula inovatif dan tekstur yang tidak pernah terlihat, mencerminkan semua perincian dan keanggunan Paris.

Loreal-Paris-Makeup-Designer-Group-Photo

Dengan L’Oréal Paris Makeup Designer, peminat-peminat kecantikan di Malaysia kini boleh menyerlahkan personaliti mereka melalui pelbagai rona dan warna kegemaran mereka dan menerokai seni solek dari Paris menerusi tiga aspek:

Loreal-Jamie-Tan_Face-Architect

L’ARCHITECTURE DU TEINT (Face Architect): Kulit adalah kanvas, bertujuan untuk diserlahkan dengan sedikit warna. Kulit cantik sempurna adalah kulit yang nampak natural namun berseri dari dalam. Revolusi digital melahirkan keperluan untuk wajah asas yang berupa bebas mekap untuk efek fotografi.

Loreal-Geraldine-Loy_Eye-Artistry

L’ART DU REGARD (Eye Artistry): Biarkan mata anda berbicara dengan solekan sofistikated yang terperinci membawa anda jauh dari tatarias biasa. Sentuhan ala Perancis memberikan solekan sempurna, sofistikated dan penuh misteri. Dengan sentuhan dengan kemahiran menggunakan berus, mata tampil menawan dengan beberapa langkah mudah, menonjolkan sisi kreatif anda.

Loreal-Patma-Manogaran_Color-Obsession

L’OBSESSION DE LA COULEUR (Color Obsession): Kejelitaan unggul Paris kini milik anda dengan pelbagai warna terang dan tekstur tersedia ada. Gunakan palet warna yang diluar imaginasi anda, untuk bibir yang mewah dengan rona yang mempersonakan. Reka, tingkatkan, serlahkan dan gayakan mood anda. Pilihlah warna anda, miliki warna anda. Gayakan dengan penuh keyakinan!

Berkongsi dengan media semasa pelancaran, Daniel Lim, Pengurus Produk Kumpulan L’Oreal Paris Malaysia berkata, “Dengan hala tuju dan pendekatan baru jenama, L’Oréal Paris Makeup Designer mengubah cara wanita melihat kosmetik L’Oréal Paris. Selain daripada False Lash Superstar Mascara, kami menambah produk menarik lain seperti True Match Genius Two Way Cake, Glam Shine Balm, Color Riche La Palette dalam rangkaian kami. Dengan pelbagai formula inovatif dan tekstur, peminat kecantikan Malaysia pasti terpesona dengan perlbagai pilihan yang sedia ada.”

Menambah kreativiti dan kemeriahan dalam acara itu adalah pakar solek Malaysia, Geraldine Loy, yang mempamerkan tafsirannya dengan penampilan Parisian Chic dengan menggunakan rangkaian produk L’Oréal Paris Makeup Designer.

“Wanita Malaysia sudah pun memiliki pesona daya tarikan Asia; dan apa yang saya lakukan dengan tiga solekan yang saya reka adalah menambah sentuhan Perancis yang anggun pada setiap titik tumpuan tertentu bagi menyerlahkan kulit struktur muka yang sempurna, mata memukau, dan bibir feminin. Inspirasi saya datang dari warna-warna yang paling sesuai untuk tona kulit Asia, serta penampilan ala Paris dan glamor harian yang sering dikaitkan dengan mekap L’Oréal Paris.”

Loreal Makeup Paris

“Wajah Face Architect yang saya cipta memberi tumpuan kepada solekan ‘nude’ yang menonjolkan tekstur kulit yang kelihatan bermaya, namun berseri dari dalam. Untuk efek yang lebih baik, jangan gunakan bedak tetapi serlahkan bahagian atas pipi, batang hidung dan dagu untuk kesan tiga dimensi. Versi Eye Artistry saya adalah penonjolan gaya tersendiri.

Bulu mata yang lebat dilengkapi dengan pembayang mata berwarna biru dan celak geometrik, yang merupakan gaya yang pasti menonjolkan anda dari orang ramai. Saya mencampurkan sedikit lip balm untuk kemasan berkilat avant garde.

Bagi penampilan Color Obsession, saya padankan solekan mata berwarna lembut dengan warna garang pada bibir, menggunakan gincu kemasan matte sebagai asas, yang kemudiannya dilapisi dengan lip balm berkilat. Adalah satu kepastian kegunaan warna merah gelap lebih mudah digayakan berbanding gincu merah klasik!” jelas Loy.

Loreal-Makeup-Genius

Selaras dengan haluan jenama baru, L’Oréal Paris Makeup Designer juga memperkenalkan cara baru untuk mengalami solekan dengan lebih menarik lagi. Menampilkan teknologi eksklusif daripada studio utama di Hollywood, aplikasi digital pertama yang seumpamanya ini dikenali sebagai Makeup Genius, yang membolehkan anda mereka solekan sendiri atau atau mencuba solekan tersedia yang direka oleh mekap artis L’Oréal Paris Makeup Designer hanya semudah sentuhan skrin.

Dengan serta-merta, telefon pintar anda berubah menjadi cermin; dengan solekan itu memadan muka anda walaupun anda bergerak dan membuat ekspresi. Kini, istilah ‘cuba sebelum membeli’ nukan lagi mimpi, tetapi realiti.

“Makeup Genius oleh L’Oréal Paris Makeup Designer boleh didapati di App Store dan Google Play dengan percuma. Ia membolehkan anda mencuba produk kegemaran anda sebelum anda membelinya. Tidak kira di mana anda berada, atau bila-bila masanya, anda boleh mencuba penampilan istimewa selebriti seperti Fan Bing Bing, Karlie Kloss dan ramai lagi.

Jika sebelum ini anda mahu menggunakan warna merah menyala untuk bibir anda atau ingin mencuba solekan mata ‘smokey eyes’, tetapi tidak tahu apa warna apa yang sesuai dengan anda, ini peluang untuk mencubanya,” kata Lim.

Selaras dengan gaya Parisan Chic, gaya rambut model telah dihasilkan oleh pasukan Centro Hair Salon. Terkenal dengan pemotongan tepat dan trendi, Centro Hair Salon diterajui oleh Kevin Woo yang mempunyai cawangan di The Gardens.

Ketahui lebih lanjut tentang produk inovatif baharu L’Oréal Paris Makeup Designer di website mereka.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas