Menyerlahkan kulit yang gebu dan berseri dengan KOSÉ SEKKISEI White CC Cream

Sekkisei-White-CC-cream
  • 340
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 5 July 2016 • 340 paparan
oleh Website/Blog

KOSÉ SEKKISEI White CC Cream | Wanita Jepun miliki kulit sempurna yang bermaya dan berseri, bebas cela seperti bintik-bintik hitam, tona kulit tidak sekata dan pori besar. Apakah rahsia kejelitaan mereka? KOSÉ SEKKISEI White CC Cream merupakan jawapan untuk keserian sempurna! CC bermaksud ‘Complete Clarity’, ini adalah satu-satunya item yang anda perlukan untuk kulit berseri sempurna, yang begitu terkenal dengan jenama SEKKISEI.

Yui-Aragaki

SEKKISEI WHITE CC CREAM

Dengan manfaat enam produk yang digabungkan dalam satu tiub, anda tidak perlu risau akan kulit anda yang tidak terjaga, walaupun anda berada dalam keadaan tergesa-gesa! Serum, emulsi, krim, krim tabir matahari, asas solekan dan asas muka – SEKKISEI White CC Cream adalah kombinasi segalanya. Hanya gunakan SEKKISEI White CC Cream selepas menggunakan losen untuk kesan ‘tanpa-mekap’ yang akan menyembunyikan semua ketidaksempurnaan anda, kulit bagaikan tanpa mekap.

Sekkisei-White-CC-cream

5 manfaat untuk kulit mulus sempurna:

Sekkisei White cc cream

1. Melembapkan

Gabungan ekstrak tumbuhan timur yang dipilih dengan teliti seperti Fermented Coix Seed Extract, Angelica Extract dan Melothria Extract memberi manfaat penghidratan yang sangat baik.

2. Kulit yang sekata

Snow Crystal Powder memberi kesan fokus lembut yang membuat kulit kelihatan cantik berseri. Ia juga menyembunyikan liang-liang dan memastikan warna kulit sekata untuk kulit seperti tanpa mekap yang cantik.

3. Bertahanan

Apabila digunakan pada kulit, zarah Amino Acid Coat Powder tersusun kemas pada permukaan kulit, mewujudkan lapisan kosmetik nipis yang hampir tidak kelihatan, membantu mekap tahan lebih lama.

4. Perlindungan

SPF50 PA ++++ menghalang sinar UV dan mencegah jerawat dan jeragat yang disebabkan oleh pendedahan matahari.

5. Menyegarkan

Snow Hydration Essence, iaitu minyak yang sangat sesuai pada kulit, mengekalkan air dan menghalang penyejatan di samping mengekalkan kulit licin.

Bahan-bahan Oriental KOSÉ SEKKISEI White CC Cream

SEKKISEI White CC Cream juga menampilkan dua ekstrak herba timur baharu yang membantu untuk menyerlahkan kecantikan sebenar kulit.

1. Rosa Multiflora Fruit Extract: mengawal pengeluaran sebum, menjadikan pori kurang kelihatan, membolehkan kulit nampak lebih cerah dan berseri serta-merta.
2. Rehannia Glutonisa Root Extract: menggalakkan peredaran darah, membantu kulit kelihatan lebih mulus dan lebih sihat setelah digunakan.

Bahan-bahan aktif lain yang terkandung di dalam SEKKISEI White CC Cream termasuk:

1. Snow Hydration Essence: minyak yang menampung kira-kira tujuh kali jumlah air berbanding minyak biasa
2. Amino Acid Coat Powder: serbuk ringan yang membentuk lapisan di permukaan kulit untuk memanjangkan tempoh salutan.
3. Snow Crystal Powder: serbuk pipih heksagon seperti kristal salji yang tidak akan menggelap, walaupun terdedah kepada sebum
4. Hollow Spherical Powder: membaurkan cahaya untuk menyampaikan kesan fokus lembut, menjadikan kekasaran, liang dan tona kulit tidak sekata semakin kurang ketara.

Tips Penggunaan SEKKISEI White CC Cream

Untuk kecapi kulit yang mulus berseri, solusi semestinya SEKKISEI White CC Cream!

Sekkisei White CC cream 1

KOSÉ SEKKISEI White CC Cream adalah bebas daripada minyak mineral dan dijual pada harga RM105/30g di semua kaunter SEKKISEI. Disediakan dalam warna: 01 (untuk tona kulit lebih cerah) dan 02 (untuk tona kulit semula jadi). Ia juga mempunyai bau floral moden segar SEKKISEI yang lembut.

Fun Facts Sekkisei

Berkenaan SEKKISEI

SEKKISEI, yang berasal dari Jepun, dipercayai dan digemari oleh ramai wanita sejak diperkenalkan pada 1985. Sebagai perintis dalam penjagaan pemutihan kulit, SEKKISEI komited untuk membantu wanita mencapai kulit yang cerah dan berseri-seri, umpama salji segar.

Produk SEKKISEI direka dan dicipta untuk keserian kulit. Ia memanfaatkan kuasa Herb extracts dari Timur, yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 jenis herba yang berbeza. Banyak penyelidikan telah dijalankan dalam memperkembangkan SEKKISEI, dan untuk mencapai keseimbangan antara minyak dan kandungan air bagi menghasilkan losen yang bertekstur halus. Teksturnya yang halus dengan kesan kelembapan kulit “putih bak salji” menjadikan ia produk KOSÉ yang paling laris, dengan lebih daripada 48 juta botol SEKKISEI Lotion dijual sejak mula diperkenalkan 30 tahun yang lalu.

SEKKISEI boleh didapati di 15 buah negara di seluruh dunia. Ia akan terus menyediakan produk-produk bermutu tinggi dan memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas