KL Sasar 12 Juta Pelawat Antarabangsa Pada Tahun 2016

Kuala Lumpur Tourism Bureau
  • 465
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 19 February 2016 • 465 paparan
oleh Website/Blog

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang meningkatkan usaha untuk mempromosikan sektor pelancongan di Kuala Lumpur melalui Biro Pelancongan Kuala Lumpur yang baru sahaja ditubuhkan.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah diadakan pada 16hb Februari 2016 bertempat di Lot 11, Jalan Tangsi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj Mhd. Amin Nordin bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama 15 ahli lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar industri dan pemimpin sektor industri pelancongan utama di KL bagi membincangkan potensi pelanocngan di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Tourism Bureau

Datuk Bandar berterima kasih kepada mereka yang telah membantu bandaraya ini dalam mencapai rekod ketibaan pada tahun 2014 dengan catatan sebanyak 11.63 juta pelancongantarabangsa dan rekod ini meletakkan aras KL di tangga ke-10 bagi ranking Bandar Destinasi oleh Euromonitor International Top 100. KL juga turut mencatatkan peningkatan sebanyak 4% ketibaan pada tahun 2015.

Laporan MasterCard bagi Indeks Bandar Destinasi Global mencatatkan kira-kira RM50 billion (USD 12.02 billion) bagi rekod Perbelanjaan oleh Pelawat Antarabangsa, dengan pertumbuhan yang pesat sebanyak 8.7% daripada tahun sebelumnya, 2014 (USD 11.06 juta).

Kuala Lumpur Tourism Bureau

Biro Pelancongan Kuala Lumpur telah memulakan beberapa inisiatif seperti pembangunan produk khususdari segi perubatan, pendidikan, pelancongan makanan dan produk mewah.

Usaha ini termasuklah penambahan minimum 3 Pusat Informasi Pelancongan (TIC) yang baru, 80 Duta Pelancongan KL yang terlatih, perkhidmatan bertaraf dunia oleh pemandu teksi serta memperkenalkan sistem penarafan untuk memastikan standard yang tinggi bagi tempat tarikan pelancongan dan restoran di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Tourism Bureau

“KL memerlukan kedudukan bertaraf dunia yang kuat. Oleh itu, kami akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai saru jenama antarabangsa. Satu jenama yang dapat membezakan Kuala Lumpur dari bandar-bandar utama yang lain di Asia dan akan menyampaikan visi KL untuk menjadi destinasi ibu negara terkemuka di Asia untuk menarik perhatian pengunjung antarabangsa,” kata Datuk Bandar.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas