Koleksi Hutan Tropika Kipling Summer Pre-Fall 2016

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016
  • 328
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 5 July 2016 • 328 paparan
oleh Website/Blog

Kipling Summer Pre-Fall 2016 | Satu perkara yang selalu menarik perhatian saya tiap kali melihat barangan dari Kipling ialah, monyet kecil tergantung di setiap beg-beg keluaran mereka. Baru-baru ini saya berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat akan koleksi terbaru yang dipanggil Kipling Summer Pre-Fall 2016 bertempat di Lepaq Lepaq, Jalan Ceylon.

Klik untuk video runaway Kipling Summer Pre-Fall 2016

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Backpack

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Black

Lokasi yang sangat sesuai untuk mini runaway buat produk-produk dari Kipling beserta minuman dan hidangan simple buat tetamu sepastinya membuat tetamu undangan boleh bergembira sambil menjamu mata.

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Forest

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Kipling

Tahukah pada tahun 1987, tiga pereka di Belgium menemui kain nilon berkedut, dan lahirlah Kipling. Dinamakan sempena Rudyard Kipling, penulis buku Jungle Book, monyet yang penuh semangat dalam cerita tersebut menjadi inspirasi utama produk Kipling. Hasilnya adalah pelbagai beg tangan, beg galas, bagasi dan aksesori, yang berwarna-warni dicipta untuk wanita sibuk. Setiap reka bentuknya benar-benar santai, penuh gaya, riang dan ceria – membolehkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu.

Bergembira dan Carilah Kegembiraan dalam Hutan Kota bersama Kipling Summer Pre-Fall 2016!

Koleksi Kipling Summer Pre-Fall 2016 akan membawa anda mengembara ke Hutan Kota. Terokai setiap sudut untuk mencari khazanah tersembunyi, sambil menyimpan barangan keperluan anda dengan selamat di dalam beg yang kukuh. Tangan anda akan kekal bebas, membolehkan anda untuk menikmati percutian anda sepenuhnya!

Kipling-Summer-Pre-Fall-Collections-2016

Kipling-Summer-Pre-Fall-Collection-2016

Bebas Bergerak bersama Kipling Summer Pre-Fall 2016

Ucapkan selamat tinggal kepada musim bunga; kini anda benar-benar bersedia untuk menyambut musim panas dengan tangan terbuka! Beg berwarna terang ceria adalah apa yang anda perlukan; simbol keyakinan yang diserlahkan dengan warna merah jingga, kuning terang dan ros liar. Seterusnya, mengembaralah dan nikmati kebebasan anda. Bawalah barangan kepunyaan anda dengan cara paling glamor, di dalam beg beroda yang diilhamkan oleh flora subur dari hutan, digabungkan dengan pelbagai warna mengingatkan kita kepada burung-burung eksotik dan haiwan reptilia.

Rekaan yang simple tetapi menarik beserta praktikal sangat mengancam dan saya rasa macam “ee geramnya, nak lah satu!” Sepanjang mini runaway, bermula dengan tarian dari para penari yang membuka mata ditambah dengan model-model memperagakan beg-beg dari koleksi ini sepastinya memberikan idea baru buat tetamu yang hadir tentang beg apa nak pakai raya ni yee. Hehe.

Kipling-Summer-Pre-Fall-Maelissa-S

Dapatkan: Maelissa S, beg sandang yang praktikal dengan ruang yang cukup untuk segala-galanya walaupun dengan saiz kompak! Kemasan berbelak dan teksturnya yang anggun menambah kepada penampilan moden, tali bahu boleh laras dan bahagian atas terdapat flap memberikan keselesaan dan keselamatan. Maelissa S mempunyai ruang utama berzip dan poket depan terbuka dengan pengancing logam.

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Cyrah-S

Dapatkan: Cyrah S, beg saiz kabin beroda yang boleh menyimpan semua pakaian anda serta keperluan perjalanan dengan begitu mudah sekali. Dengan pemegang boleh tarik dan empat roda berputar, anda kini boleh mengembara serata dunia dengan penuh gaya. Kompartmen berzip bahagian depan menjadi ruang tambahan untuk menyimpan barangan di saat-saat akhir.

Musim Panas telah Tiba buat Kipling Summer Pre-Fall 2016!

Inilah masanya untuk berpesta! Menikmati kehidupan pantai, mendapatkan kulit perang yang menarik dan menghirup jus tropika ais, manakala kanak-kanak bermain di pantal. Seorang ibu periang yang menyeronokkan memerlukan sesuatu yang sesuai dengan keperluannya – tote perjalanan dengan cetakan bunga tropika adalah gandingan yang sempurna.

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Art-M

Dapatkan: Art M, tote perjalanan pelbagai fungsi dengan zip di sebelah tepi membolehkan beg disesuaikan kepada dua bentuk, segi empat tepat atau segi tiga, dan tiga poket tambahan membantu menyimpan barang-barang kecil dengan selamat. Beg tote dengan dua tali mempunyai kesan kulit berlubang, manakala warna Hot Green menambah keceriaan kepada koleksi pakaian percutian anda.

Kembali ke sekolah bersama Kipling Summer Pre-Fall 2016!

Cuti sekolah sudah berakhir, tetapi itu tidak bermakna keseronokan perlu berhenti di situ sahaja. Bagi kanak-kanak atau mereka yang berhati muda, rona terang dan ruang yang luas membantu anda kekal terurus di tengah-tengah kesibukan apabila kembali ke sekolah atau kerja.

Kipling-Summer-Pre-Fall-2016-Clas-Seoul

Dapatkan: CLAS SEOUL, beg galas dengan poket besar hadapan berzip dan penyusun dalaman yang terdiri daripada poket telefon bimbit, gelung pen, dompet beg kecil dan kancing kunci. Struktur baharu yang lebih lembut juga menjadikannya mesra untuk kanak-kanak yang lebih kecil, dan pemegang bahagian atas yang kukuh menjadikannya lebih mudah untuk dibawa.

Monkey Pullers adalah koleksi penyalut penarik zip dengan wajah monyet yang ceria untuk mencantikkan beg Kipling kegemaran anda. Tambahkan gaya anda sendiri pada beg galas anda, berkongsi dengan anak-anak, dan lihatlah beg siapa yang paling menarik!

Sertai Kipling Summer Bus!

Sepanjang bulan Jun, cari Kipling Summer Bus dan ambil bahagian dalam pertandingan ‘Mengira Kipling Monkey’, di mana pemenang akan berpeluang membawa pulang beg-beg Kipling yang hebat!

1. Cari Kipling Summer Bus di pameran bergerak dan aktiviti Kipling.
2. Kira bilangan monyet yang ada pada bahagian luar bas.
3. Hantar penyertaan anda dengan kapsyen kreatif melalui Facebook Kipling.
4. Tulis kapsyen kreatif untuk disertakan dengan penyertaan anda.
5. Berpeluang untuk memenangi beg!

Mereka yang suka berselfie juga boleh menggunakan kemahiran mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Kipling Summer Selfie. Ambil gambar selfie yang terbaik dengan Kipling Summer Bus atau dengan monyet Kipling yang ada pada bas, dan muat naik ke Instagram anda dengan hashtag #MyKipling dan #KiplingSummerFun16 untuk menebus barangan Kipling eksklusif serta merta! Bukan itu sahaja – belilah produk Kipling bernilai RM500 dan ke atas untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan bernilai lebih RM30,000!

Untuk maklumat lanjut, layari Kipling Malaysia di Facebook: https://www.facebook.com/KiplingMalaysia

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas