Garnier Color Naturals – Rumusan Telus Air

Garnier-Telus-Air-2
  • 793
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 19 June 2018 • 793 paparan
oleh Website/Blog

Garnier Color Naturals – Rumusan Telus Air | Garnier menyambut musim perayaan dengan rumusan pewarna baharu yang telus air.

Garnier Color Naturals memperkenalkan rangkaian pewarna rambut yang telus air dan merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau.

Garnier – Menggunakan bahan semulajadi dan telus air

“Dari hasil penyelidikan pengguna kami, kami memahami bahawa “pewarna rambut yang telus air” adalah istilah carian popular di Internet. Kian lama, pengguna hanya mempunyai waena dan jenama yang terhad, sehinggalah kini ,” jelas Samatha Teh, Pengurus Pemasaran Garnier ketika berucap di pelancaran rasmi rangkaian yang diperbaharui di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Garnier-Telus-Air-1

“Oleh itu, rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals kini diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air, katanya.”

Samantha menerangkan bahawa Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was. Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Kami percaya bahawa produk-produk semula jadi adalah efektif dan menghormati kehendak pengguna-pengguna kami.

“Garnier mempunyai sejarah inovasi yang bermula sejak tahun 1904. Apa yang mendorong kita ke arah peningkatan berterusan adalah melihat pengguna menggunakan produk kami dengan tenang,” katanya.

Garnier – Bebas Ammonia

Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik, dan berbau wangi sewaktu penggunaan.

Garnier-Telus-Air

Garnier Color Naturals ini menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avocado, dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan (8) minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

Rambut yang cantik dan sihat pasti akan melengkapkan rupawan pada musim ini, bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Garnier juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat Muslim kami. Ini adalah masa yang berharga untuk bersama dengan orang yang tersayang, jadi raikannya dengan rambut cantik anda!” kata Samantha.

Garnier-Telus-Air-2

Lihat dan rasakan perbezaan rambut anda dengan pewarna rambut Color Naturals Garnier! Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.

Untuk makluman lanjut boleh klik SINI

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas