Gaharu Tea Valley – Tarikan Pokok Kekasih

Gaharu-Tea-Valley-0
  • 312
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 6 June 2016 • 312 paparan
oleh Website/Blog

Semasa berada di Perak pada bulan lalu, saya berpeluang untuk singgah di kawasan tanaman terbesar Pokok Gaharu yang dipanggil Gaharu Tea Valley. Cuaca yang nyaman saat tiba dikawasan ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah keistimewaan kawasan ini?

Gaharu-Tea-Valley-7

Pemandangan hijau yang indah

Sesampainya saya disana, berserta para media yang lain, kami dibawa mendaki bukit menggunakan van untuk sedikit taklimat oleh Ketua Eksekutif Gaharu Technologies, Encik Nicklaus Ho.

Gaharu-Tea-Valley-6

Gaharu-Tea-Valley-8

Mengikut kepada Encik Nicklaus, tanaman Pokok Gaharu ini bermula dengan pesatnya pada tahun 2011 dan mula ditanam seawal tahun 1990 dengan 200 batang pokok. Antara 3 syarat unik untuk penanaman pokok-pokok gaharu ialah tidak boleh menggunakan racun, tidak boleh menanam pokok lain sekali dengan pokok Gaharu dan harus menunggu 15 tahun untuk menebang pokok gaharu ini.

Gaharu-Tea-Valley-4

Rupa biji benih pokok gaharu

Peluk atau Kasih di Gaharu tea Valley?

Di Gaharu Tea Valley, terdapat dua kawasan tarikan buat pengunjung yang hadir – Taman Peluk dan Taman Kasih. Taman Peluk merupakan satu tarikan buat menyemai kasih sayang masyarakat akan semulajadi, dimana mengikut pada Encik Nicklaus, kalau peluk pokok gaharu ini, tuah bakal melimpah-limpah. Ini berdasarkan akan kepercayaan masyarakat cina.

Gaharu-Tea-Valley-11

Moga murah rezeki saya lepas ni. Aminn. Hehe.

Buat Taman Kasih pula, ada cerita masyarakat dulu-dulu tentang dua pasang pokok yang dilihat seakan berpeluk. Sepasang pokok ara dan pokok merbau dengan ketinggian hampir sama dengan bangunan lima tingkat. Kenapa ianya seakan berpelukan? Pada masa dahulunya, sekitar penjajahan British, seorang warga orang asli jatuh cinta pada seorang gadis inggeris tetapi cinta mereka dihalang oleh keluarga mereka.

Gaharu-Tea-Valley-3

Tekad untuk meneruskan percintaan, mereka memilih untuk lari dan tiada khabar dari mereka sehingga hari ini. Katanya, mereka sudah menjelma menjadi pokok dan boleh dilihat pokok itu seperti berpelukan.

Gaharu-Tea-Valley-2

Disebabkan ini, pokok di Taman Kasih ni tidak boleh ditebang. Bukan kerana undang-undang mahupun kepercayaan tetapi terdapat kejadian aneh yang tidak membenarkan pokok-pokok ini ditebang, seperti enjin mesin mati tatkala mahu menebang pokok ini.

Lantas, pokok ini dijaga dengan begitu rapi dan menjadi satu tarikan unik untuk tatapan pengunjung.

Gaharu Tea Valley dengan teh yang berkhasiat

Siapa sangka Pokok Gaharu banyak khasiatnya, dengan adanya 12 jenis spesies gaharu, yang boleh dimakan, pihak Gaharu Tea Valley mengeluarkan produk teh yang katanya boleh membantu masalah insomnia.

Gaharu-Tea-Valley-5

Teh yang sedikit pahit sekakan-akan teh hijau ini boleh dicuba di kafe mereka iaitu Holistic Gaharu.

Gaharu-Tea-Valley-1

Antara produk-produk yang dikeluarkan

Gaharu-Tea-Valley

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas