Fernleaf Goodness Feeds Greatness

Fernleaf
  • 122
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 13 January 2018 • 122 paparan
oleh Website/Blog

Fernleaf – Goodness Feeds Greatness | Fernleaf menyumbang semula kepada masyarakat. 500kg Nutrisi yang lazat untuk 10 rumah amal.

Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya.

Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf, di mana jenama tersebut telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.

Fernleaf memberikan nutrisi tenusu yang terbaik buat keluarga

Menurut Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”

Fernleaf-Kerja-Amal

Fernleaf, kerjasama inisiatif yang berjaya

“Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik, dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”. – Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd

Fernleaf dan Mydin dalam usaha membantu kanak-kanak

“Rumah Perlindungan Agathians Shelter sentiasa mempunyai misi untuk memastikan kanak-kanak kami mendapat keperluan asas seperti tempat perlindungan, makanan, dan pendidikan, dan semua ini penting dalam kehidupan. Apabila kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnya, dia menjadi lebih cemerlang,” kata Ms M. Inthira, Ahli Majlis Eksekutif dari Agathians Shelter

Untuk maklumat lanjut tentang Fernleaf dan kempennya, Goodness Feeds Greatness, layari laman web dan laman Facebook Malaysia.

Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.

Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas