Dutch Lady – Segelas sehari sudah mencukupi

Dutch-Lady-Food-Fit-Fun-Fair-1
  • 21
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 19 June 2018 • 21 paparan
oleh Website/Blog

Dutch Lady – Segelas sehari sudah mencukupi | Lebih daripada 50% keperluan protein anda dipenuhi sewaktu sarapan dengan segelas susu.

Dutch Lady sertai Pesta ‘Food-Fit-Fun Fair’

Dutch-Lady-Food-Fit-Fun-Fair-2

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) baru-baru ini menyertai Pesta ‘Food-Fit-Fun Fair’ yang diadakan selama seminggu. Pesta ia adalah salah satu aktiviti utama yang diadakan sempena Bulan Nutrisi Malaysia 2018 (BNM) bagi mempromosikan pengambilan pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Acara ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Nutrisi Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat dan membimbangkan di negara ini.

“Sebagai salah satu syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami ingin mengambil bahagian dalam aktiviti yang mempromosikan pemakanan serta aktiviti fizikal yang sihat di kalangan rakyat Malaysia, seterusnya memainkan peranan dalam menangani isu kesihatan di negara ini,” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Melalui aktiviti yang menyeronokkan di gerai pameran Dutch Lady, para pengunjung dan keluarga dapat mengetahui tentang kebaikan protein, yang merupakan satu nutrien penting dalam susu.

Dutch Lady – Kebaikan protein susu

“Protein adalah sangat penting untuk badan kita kerana ianya berfungsi untuk membina otot dan juga menguatkan rambut dan kuku1. Selain itu, protein turut membantu kita membina dan memperbaiki tisu otot supaya dapat kekal aktif sepanjang hari,” jelas Pakar nutrisi Dutch Lady, Tan Huey Ghee.

Dutch-Lady-Food-Fit-Fun-Fair

“Sarapan seharusnya mengandungi 20% hingga 25% keperluan nutrien harian termasuk protein2. Dengan hanya meminum segelas susu penuh krim, ianya dapat memberikan anda lebih daripada 50% protein yang diperlukan sewaktu sarapan,” Huey Ghee menjelaskan.

Dutch Lady – Segelas cukup untuk hari yang padat dan sibuk

“Dutch Lady Malaysia mahu membantu warga Malaysia yang sibuk untuk mendapatkan nutrisi protein yang penting ini pada waktu pagi. Untuk memulakan hari anda dengan kuat, minumlah segelas susu Dutch Lady Purefarm bersama hidangan sarapan anda. Dengan segelas susu, lebih daripada 50% keperluan protein harian yang diperlukan oleh orang dewasa dan kanak-kanak sewaktu sarapan dapat dipenuhi dengan mudah!” tambah Ramjeet.

Dutch-Lady-Food-Fit-Fun-Fair-1

Mulakan hari anda kuat dengan adanya protein daripada susu! Untuk maklumat lanjut tentang susu Dutch Lady PureFarm, sila layari website mereka.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas