Dettol Mission for Hygiene 2017

7-cara-cuci-tangan-Dettol
  • 251
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 11 October 2017 • 251 paparan
oleh Website/Blog

Dettol Mission for Hygiene 2017 | Dettol dalam misi kebersihan. Siapa je tak kenal jenama Dettol? Bagi admin, Dettol merupakan jenama yang sangat aktif dalam membanteras kuman-kuman disekeliling kita. Apa sahaja yang kita sentuh, pastinya mempunyai kuman, dan sebab itu, admin selalu bawa hand sanitizer Dettol dalam beg dan bawa kemana sahaja.

“Program sekolah untuk mendidik anak-anak Malaysia tentang tabiat kebersihan bagi kesihatan yang lebih baik”

Jenama anti-bakteria No. 1 di Malaysia*, Dettol bersama Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah melancarkan program ‘Misi Kebersihan’ sekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.

Sekolah-Kebangsaan-Seksyen-7-Dettol

Ini merupakan tahun ke-4 program Misi Kebersihan ini dianjurkan, yang bertujuan untuk menggalakkan tabiat kebersihan di kalangan murid-murid sekolah dengan membimbing mereka untuk mengamalkan tabiat-tabiat kebersihan di sekolah dan di rumah. Ini termasuklah memastikan persekitaran sekolah mereka kekal bersih, sihat dan selamat demi komuniti sekolah.

Isu tentang kebersihan, wajar diterapkan dari awal agar menjadi kebiasaaan untuk kita menjaga kebersihan sampai dewasa.

Tiffany-Tang

Turut hadir pada majlis perasmian program tersebut adalah Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran bagi Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk Dettol di kedua-dua buah negara ini.

“Sebagai sebuah jenama kebersihan global yang utama, Dettol berbesar hati dapat menghasilkan pelbagai produk anti-bakteria inovatif yang menjadi pilihan utama bagi para ibu di seluruh dunia, untuk membantunya melindungi keluarga daripada kuman yang berbahaya. Kami memahami bahawa tahap kebersihan yang memuaskan boleh meningkatkan kesihatan individu dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah amat penting untuk Dettol mengutamakan pendidikan kebersihan tangan dari kecil lagi,” katanya.

Menurut Tang, jenama ini juga merupakan penganjur bagi pendidikan kebersihan menerusi kerjasama dengan Save the Children, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi menghentikan kejadian di mana kanak-kanak di negara-negara kurang maju terkorban akibat cirit-birit, disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.

“Di Malaysia, ‘Misi Kebersihan’ telah membenarkan kami untuk mendekati hampir 350,000 orang murid-murid sekolah rendah sepanjang empat tahun yang lalu, dan bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah berjaya meningkatkan pengetahuan kebersihan di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kerjasama dari ibu bapa. Kami bertujuan untuk mencapai kesemua 2.7 juta orang murid sekolah rendah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang,” sambung Tang lagi.

Tabiat kebersihan hendaklah dipupuk dari kecil. Melalui program “Misi Kebersihan” sekolah ini, bertujuan untuk mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan tabiat kebersihan yang bagus dan ini termasuklah 7 langkah mencuci tangan yang betul, agar dapat meningkatkan kesedaran tentang Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia dan bagaimana tabiat kebersihan boleh mencegah penyakit ini.

Memandangkan Dettol sedang bergiat aktif dalam meluaskan kempen ini kepada lebih sekolah, Dettol bermatlamat untuk mendekati 150,000 orang murid lagi di 200 buah sekolah rendah serta 50 tadika di Malaysia pada tahun 2017.

Kawasan sekolah yang bersih dan bebas kuman merupakan elemen yang amat penting buat murid-murid untuk memberikan persekitaran pembelajaran yang bagus. Pada tahun ini, sekolah-sekolah rendah yang terlibat dala misi ini digalakkan untuk menjalankan beberapa sesi ‘Gotong Royong’ untuk memastikan kebersihan tandas.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ‘Gotong Royong’ akan menghantar gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ tandas mereka. Mereka juga perlu melukis mural dengan logo Dettol pada dinding di hadapan tandas sekolah mereka yang bertema ‘Misi Kebersihan’ Dettol: Kebersihan merupakan tunggak utama kesihatan yang akan menjadi peringatan kepada murid-murid sekolah untuk mencuci tangan mereka.

Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan di kalangan murid-murid, Dettol akan menjalankan beberapa aktiviti yang menarik, seperti: sketsa pendidikan kebersihan tangan untuk menarik minat pelajar agar mereka sedar akan kepentingan membersihkan tangan; 7 langkah mencuci tangan, yang merangkumi demonstrasi penuh tentang cara mencuci tangan dengan betul; beg cenderamata mengandungi risalah maklumat bagi ibu bapa; dan peringatan di sekolah dengan poster di tandas dan kantin.

YB-Dato-P-Kamalanathan

Di majlis perasmian tersebut, YB Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan, menekankan kepentingan kebersihan di sekolah serta peranan murid-murid dalam memastikan kejayaan ‘Misi Kebersihan’ Dettol.

“Kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah boleh mempengaruhi kadar kehadiran dan pencapaian murid-murid. Oleh itu, ia adalah amat penting bagi sekolah memastikan kebersihan supaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar.

“Ia adalah amat penting untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik di sekolah untuk mengelakkan mikroorganisma yang bahaya daripada merebak di sekeliling. Selain daripada usaha berterusan daripada pentadbiran sekolah dan penjaga bangunan kami yang rajin, murid-murid kita juga mesti belajar untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjaga persekitaran sekolah yang bersih dan sihat.

Daripada usia muda, kita perlu memupuk tabiat kebersihan diri, dan membimbing mereka ke arah mengambil inisiatif untuk membasuh tangan sebelum makan, pam selepas menggunakan tandas, membantu membersihkan bilik darjah, mengutip sampah di kawasan umum, dan sebagainya. Usaha-usaha kecil ini akan membawa perubahan yang besar dalam pencegahan penyebaran kuman, supaya sekolah dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat bagi menggalakkan murid-murid untuk belajar demi masa depan mereka,” sambung YB Dato’ P. Kamalanathan.

Dettol-Mission-For-Hygiene-2017

Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Tuan Haji Abdul Latiff bin A. Aziz meluahkan rasa teruja beliau bagi kempen ‘Misi Kebersihan’ tahun ini. “Anak-anak kita adalah pemimpin masa depan negara – sebagai pendidik, kita bertanggungjawab untuk memastikan mereka membesar dengan teladan baik dan mempunyai badan dan minda yang sihat.

“Kami berasa amat bangga mempunyai Dettol sebagai rakan kongsi kami untuk membantu mempromosikan tabiat kebersihan di kalangan kanak-kanak. Apabila kita mula mendidik mereka daripada tahap tadika atau sekolah rendah, tabiat ini akan berakar umbi dalam kehidupan mereka, supaya mereka untuk mengamalkan tabiat kebersihan, baik di sekolah, mahupun di rumah.

Itulah sebabnya sekolah merupakan tempat yang amat sesuai untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan, dan pada masa yang sama, mendidik murid-murid tentang cara-cara menjaga persekitaran sekolah dan tempat tinggal. Apabila persekitaran pembelajaran bersih dan berkualiti,anak-anak kita akan belajar dengan lebih fokus dan ini akan menggalakkan prestasi tinggi,” katanya.

Kebersihan yang baik, kesihatan yang baik. Dengan tema ini, Dettol berharap agar semua orang dapat bersatu menerusi program ‘Misi Kebersihan’ dan memainkan peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, sihat dan selamat bagi generasi muda kita.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dettol, boleh klik sini.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas