Dettol Gold Pilihan Terbaik untuk Keluarga Anda

Dettol-Gold-Malaysia-1
  • 500
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 17 April 2016 • 500 paparan
oleh Website/Blog

Dettol Gold pilihan keluarga | Dengan adanya Dettol Gold, para ibu, ummi, emak dan bonda boleh memberikan perlindungan 100% kepada keluarga tersayang. Dianggap sebagai standard ’emas’ dalam perlindungan kuman, Dettol telah mengukuhkan lagi barisan produk inovatif dengan adanyan Dettol Gold. Dirumuskan untuk memberikan perlindungan 100% lebih baik berbanding produk pembersihan badan anti-bakteria yang lain*, rangkaian baru produk pembersihan badan ini mampu membersihkan tanpa menanggalkan lembapan semula jadi kulit.

Dettol Gold menjamin perlindungan 100%

Dettol-Gold-Malaysia

Mr. Matias Caride, Pengarah Pemasaran untuk RB Malaysia dan Singapore berkata ketika pelancaran Dettol Gold, “Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sebut sahaja nama Dettol pasti membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak apabila ibu-ibu akan sapukan cecair antiseptik berwarna amber pada kawasan yang luka, atau campurkan dalam air untuk membersihkan permukaan, menjadikan rumah lebih selamat beserta lebih sihat untuk didiami.

Dettol juga merupakan brand perlindungan kuman di dunia dan jenama #1 perlindungan di Malaysia** yang terbukti berkesan dalam membunuh bakteria. Dengan pelancaran Dettol Gold ini, rangkaian baru pembersih badan ini bakal mewakili inovasi terbesar jenama itu setakat ini.”

Seperti setiap ibu moden, selebriti Scha Alyahya memahami akan kepentingan menjaga keluarganya agar sentiasa bahagia dan sihat. Pelakon, usahawan dan ibu kepada Lara Alana yang berumur 2 tahun ini banyak memegang peranan dalam sehari. Menghadiri penggambaran, temu bual dan acara, dan bertemu dengan orang setiap hari adalah sebahagian daripada hidup saya. Menghabiskan banyak masa di ruang awam meletakkan saya dalam hubungan dengan kuman dan bakteria.

Ketika saya pulang ke rumah, saya mahu menghabiskan banyak masa dengan Lara sebanyak mungkin, dan saya mahu meluangkan masa bermain dan berinteraksi dengan dia tanpa perlu bimbang tentang menyebarkan kuman kepada beliau. Seperti yang kita ketahui, kesihatan kanak-kanak adalah lebih rapuh daripada kita, jadi saya benar-benar perlu berhati-hati.”

Intipati ‘Emas’ Dettol Gold

Dettol-Gold-Malaysia-Products

Cecair Mandian Dettol Gold baharu merupakan cecair mandian badan pembasmi kuman yang unggul. Formulasi yang diperkaya dengan aroma minyak serai, memberikan wangian yang segar dan bersih, menjadikan penggunaannya terasa eksklusif dan seperti berada di bilik spa. Tekstur sabun yang lembut tidak akan membuatkan kulit pengguna berasa kering. Malah menjadikan kulit lagi lembut selepas penggunaan Dettol Gold.

Terdapat 2 jenis produk untuk Dettol Gold – Classic Clean (kuning) dan Daily Clean (hijau). Selain dari Dettol Gold Body Wash, terdapat juga Dettol Gold Bar Soap dan Dettol Gold Liquid Hand Wash. Kesemua produk ini boleh didapati di supermarket dan kedai-kedai berhampiran anda.

*as tested againts indicator organism
**based on Retail Index Service for Personal Wash for 12 months ending February 2016 from the Total Peninsular Malaysia (Copyright 2016 The Nielson Company)

Klik sini untuk makluman lanjut
Facebook
Website

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas