Berhari Raya Dalam Tren

20150715_183355-1
  • 616
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 23 July 2015 • 616 paparan
oleh Website/Blog

Keretapi Tanah Melayu Berhad ataupun bahasa ringkasnya KTMB, telah mengagihkan 1000 pek Hari Raya buat pengguna tren pada 15 Julai 2015 yang lalu di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Bila nak raya ni, kadang-kadang seronok juga tukar angin dengan balik kampung naik tren instead of drive sendiri betul tak? Less hassle and jam semua. Tinggal naik and just enjoy the ride.

20150715_223450

Pek-pek ini pula bukan setakat untuk penumpang KTM Komuter sahaja, tetapi juga buat penumpang ETS dan KTM Intercity. Haa dalam pek ni bukan saguhati bisa-biasa tau, ada air kotak, kuih raya, dodol, dan juga duit raya! Eh, taklah. Sampul je. Hehe.

20150715_183035

Selain dari pemberian pek-pek tersebut, pihak KTMB juga adakan majlis berbuka bersama pihak media bagi menghargai sumbangan dan sokongan mereka dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh KTM Berhad. Majlis ini turut juga dihadiri oleh Lt. Kol. (B) Tn. Hj Sarbini bin Tijan, Presiden KTM Berhad, serta pegawai-pegawai KTM Berhad dari jabatan KTM Intercity dan KTM Komuter.


20150715_181419

Dengan pemberian pek-pek tersebut, diharapkan dapat naikkan mood raya untuk mereka yang akhirnya pulang ke kota untuk bertemu keluarga. Lagi menggembirakan buat mereka yang akhirnya cuti raya diluluskan. Pasti hati membuak-buak untuk pulang ke kampung halaman.

20150715_184618

20150715_183748

Ternyata jualan tiket balik raya tahun ini sangat memberangsangkan, hampir 81% tiket KTM Intercity terjual! Wow, ramai juga ye pengguna KTMB.

20150715_191140

Menteri Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir bersama keluarga juga tidak melepaskan peluang untuk pulang beraya menaiki KTM Intercity.

20150715_185457

Pek raya diedarkan oleh Mohd Noordin Kimi (Pengarah Kanan KTM Intercity), Mr Justin Jude (Pengarah Besar KTM Intercity) dan Tn. Hj Sarbini bin Tijan selaku Presiden KTM Berhad.

20150715_192607

Burp, Alhamdulillah. Thank you KTM Berhad!

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas