Anlene – Kempen #KitaLebihLagi seru warga Malaysia

We-Are-More-Anlene
  • 131
    Paparan
  • Perkongsian
Ditulis pada 12 January 2018 • 131 paparan
oleh Website/Blog

Anlene – #KitaLebihLagi | Capai lebih, jadi lebih lagi dengan lebih daripada sekadar susu. Kempen #KitaLebihLagi AnleneTM menyeru warga Malaysia agar melangkah lebih lagi.

Dengan 50% lebih nutrien* berbanding susu biasa, susu tepung dewasa terkemuka No. 1 di Malaysia**, AnleneTM kini membolehkan anda untuk melangkah dan mencapai lebih lagi setiap hari!

Kempen terbaru jenama tersebut, #KitaLebihLagi berganding bahu bersama selebriti terkemuka seperti Stacy Anam, Noh Salleh, Shalma Ainaa dan Aidid Marcello untuk menggalakkan warga Malaysia untuk melangkah lebih lagi dengan kisah-kisah dari personaliti yang memberi inspirasi, yang telah melangkah jauh walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup.

“Kami tidak mahu sekadar menyediakan kebaikan khasiat susu yang biasa. Seperti yang ditekankan oleh kempen kami, Anlene TM adalah untuk golongan dewasa masa kini yang ingin mencapai dan melakukan sesuatu dengan lebih lagi! – Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baru, Saintifik dan Ehwal Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia

Anlene memberikan nutrient yang penting

Menurut personaliti Stacy Anam, artis kelahiran Sabah ini, AnleneTM, memberikan nutrien penting bagi golongan sepertinya yang sering melakukan lebih lagi daripada jangkaan.

Ini sememangnya benar bagi ratu tarian ini yang perlu kembali beraksi di atas pentas setelah berehat untuk tempoh hamil dan bersalin. Ia juga memberikannya kekuatan dan ketahanan yang diperlukannya tatkala melatih vokal dan bersenam sambil menjalankan tugas sebagai ibu, untuk persembahannya di sebuah rancangan anugerah.

Stacy-Anam-Anlene-We-Are-More

Anlene sumber minuman yang baik

Kesihatan yang baik membolehkan Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan, untuk mencapai lebih lagi daripada kariernya.

Melompat di atas pentas bersama Hujan, mempromosikan album solonya, menguruskan perniagaan yang menggabungkan makanan lazat dengan persembahan golongan muda, dan berjoging jarak jauh bersama peminat-peminat mudanya memerlukan keadaan badan yang terbaik.

Inilah sebabnya Noh menyarankan Anlene TM sebagai sumber minuman yang baik bagi mereka yang ingin mencapai lebih lagi matlamat dan kejayaan dalam hidup.

Noh-Salleh-Anlene-We-Are-More

Ingin menjadi lebih lagi? Dapatkan nutrisi yang disediakan khas untuk membantu anda mencapai lebih lagi. Anlene TM MoveMax™ boleh didapati dalam pek susu tepung, UHT, dan yogurt di outlet utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang Anlene TM dan kisah-kisah penuh inspirasi dari para personaliti #KitaLebihLagi, layari laman Facebook dan laman web.

Apa Kata Mereka?


Buat Komen

Trending Di Trilode


Atas